Tuesday, October 31, 2006
aidilfitri 2006 ini..
sungguh manis sekali kurasakan..



Thursday, October 19, 2006
kerja..
kisah 1
:nanti lepas raya awak kena tolong saya tau. banyak keje saya lepas raya
:apa plak kaitan aku ngan tourism. design iklan dah la
:eh..kak eyra dulu banyak tolong saya
:kak eyra x develop system.jangan samakan aku ngan kak eyra kay...


kisah 2
:awak, kalau saya x dapat pegi putrajaya hr ni, awak tolong ganti boleh?
:eikk..aku banyak keje la.system nak submit lepas raya
:yeke?


mentang2la aku baru..seme korg nak pass kat aku ekk.. macamlah keje aku, aku leh pass kat korg..


raya...datang lagi
persiapan raya memang ala kadar je.xsempat nak bersiap pun, tup2 dah nak raya. pagi2 buta esok nak balik kampung ngan has. mujurle kali ni balik ngan kete, boleh la angkut barang banyak sikit
aduiihh..mesti penat kemas rumah ni. almaklumle...umah x de org pempuan, memang bersepah2. ini lah rutin aku sejak mak sakit. asal balik kampung je, mengemas. kadang2 nak balik pun terasa malas. tapi, kesian pulak kat mak abah.



Monday, October 16, 2006
jumaat :
berbuka ngan zila n has..dekat mana ntah. zila nak makan special2..
malam, tido umah has


sabtu :
keje..sampai kul 5.30 petang
balik masak lemak ketam.
berbuka puasa dengan kroni (aku, mama, has, anor, zila)
malam, tido umah has


ahad:
masak puding karamel
jalan2 kat putrajaya
berbuka kat serdang ngan has n cik abenye
shopping kat umah anor
sampai kat umah kul 11.30 malam..
tgk the apprentice..
tido kat umah sendiri


rumet aku kata..amboi, dah x nak balik umah ke?



Saturday, October 14, 2006
rimas...


eii..rimas !!! teringat pulak satu filem melayu. cite mende ntah...
ya, aku rimas. mana aku pegi dia nak ikut. aku nak balik kul bape, kuar ngan sapa..seme dia nak tahu. mungkin dia 'sayang' kat aku kut. takut aku lari, macam yg 'lain2' tuh..wahaha.. tetiap petang, mesti aku buat2 busy giles.. then aku suh dia balik dulu. skang ni, dia dah pandai tunggu aku sambil layan chating kat pc depan. warghhh !!!


kelmarin dia cuba berkira2 ngan aku. argh..dah start berkira la plaks. aku ni memang pantang kalo org berkira. aku x de hutang ngan dia, kalo aku kira2...rasanya dia yg berhutang ngan aku. tapi aku akan berkira jugak kalo dia ungkit lagi pasal kira2.. kui3..itulah bagusnya mempelajari ilmu kira2 hisab kat skolah.


semalam aku angkut kain baju, dia tanya nak g mana? aku kata nak tido bawah jembatan. hahaah..aku maleh cakap nak g tido hotel,kang dia nak ikut. argghh..aku nak bebas !!! bebas macam dulu


apadia?? eh..bukan2..bukan pakwe aku tuh..
dia bukan pakwe aku.. dia dalam citer ini adalah sorg pempuan..




Tuesday, October 10, 2006
alkisahnye...


antara kari ikan aku dan masak lemak ketam herot


aku jeling dalam mangkuk kaca..slurp..sedapnye ketam masak lemak si herot tu. tp ketam tu sekor je. kedekut taik idung masin betul. dah le konker dapur sampai 6.45. masak nasi utk dia sorang je. dapur pulak slow. sabar2..


aku cepat2 siang ikan. terkocoh kacah memasak. kempunan kari ikan punya pasal. isk3..


kami bertiga berkumpul kat dapur. potpetpotpet..sambil menunggu azan maghrib. jam 7.00 baru le kari ikan aku siap. nak masak nasi lagi..waduh..
perempuan tu, memang xde hati dan perasaan. dia dah standby depan tv nak berbuka..apa la..


azan pun bergema. kami makan sebiji kurma, minum air dan aku mandi. haha.. drpada tunggu nasi masak baik aku mandi dulu kan. lepas siap makan, ktrg keluar cari rice cooker ngan kuali serta mangkuk ayun. haha..reta karun aku, aku nak letak label lepas ni. jangan si herot berani nak sentuh.



Friday, October 06, 2006
Aku x pernah jumpe perempuan orang yang jahat macam tu. Tapi sekarang, aku kena tengok muka dia hari2, dan berpura-pura macam aku x de rasa apa2 terhadap dia. Aku x dapat bayangkan macamana syoknye hidup dalam dunia sendiri. Buat sesuka hati sendiri, jaga hati sendiri..x yah sibuk2 fikir pasal orang lain, pasal maruah dan harga diri dan apa saja pasal orang lain. Yang ada dalam dunia itu adalah dirinya dan manusia yang diam kaku disekelilingnya…manusia2 yang bagai lalang ditiup kemana pun, ia akan pergi tapi tetap kukuh di situ. Er..apa la yang aku merapu ni.


Semalam aku dan sekelian rumet bengang giler dengan si Herot. Sesuka hati dia yang takde perasaan tu tukar mangga lain. Jenuh aku membuka mangga grill…dah le x bagitau awal2. dia ingat kiterang ni anak kambing pe? Duk free dalam umah tu. Huh..kurus pahala aku untuk semalam dan hari ini. Aku jugak yang menanggungnye.


Lepas berbuka puasa, baru dia balik dengan konco2 entah dia kutip dari mana.


Herot : bomoh tu dah tengok dah, dia kata duit tu memang xde. Tapi kamera tu ada dalam umah ni jugak. Cuma terselit kat mana-mana la..nanti lepas ni kita pakat2 carilah.


Bomoh?? Kau berbomoh??? Kalau dia boleh kata duit xde, tapi kamera ada dalam umah, kenapa dia x cakap sekali kamera tu kat mana? Kan senang citer. Berapa kau bayar bomoh tu supaya dia dapat keluarkan kenyataan macam tu. Cakap bomoh kau percaya pulak, tapi cakap hosmet kau, kau kata rekaan. Tu la,, ada akai letak kat lutut .---aku bermonolog dalam hati sambil pura2 tengok tv.


Aku masuk bilik. Lela termenung kat hujung katil. Aku kesian kat Lela.


Lela : awak, kenapa dia buat saya macam ni? Kenapa dia siksa saya macam ni? Saya tahu dia x suka saya, tapi kenapa nak sakitkan hati saya. Saya tak tipu, saya x reka cerita. Memang betul duit dengan kamera saya hilang, tapi saya x tuduh sapa2. tapi dia kata saya mereka cerita. Saya rasa terhina sangat, saya malu wak.. kenapa dia bawa kawan2 dia untuk cari barang tu?


Aku memang x nak masuk campur. So, aku dengar ajelah luahan hati Lela. Tiba2 Herot bukak pintu bilik,, (sesuka hati dia jekkk)…macam tau2 je ktrg tengah mengumpat dia. Dia nak mulakan operasi, aku pun mulakan operasi mengangkut kain baju ke bilik air. Basuh baju sejam, mandi sejam..haha..saja nak banyakkan bil air.



Thursday, October 05, 2006
meeting...
esok ada mmeeting lagik..nyampah betul aku dengan meeting.ntah mende pe nak cakap dalam meeting.lagi satu, entah menda pe derang cakap dalam meeting.aku x paham satu pe pon..kehkehkehh..


hosmet oh hosmet.


bos mengumumkan, ada staff baru nak masuk. entah le bile. aku iyekan je la dalam meeting.aku x tau la plak jantina staff tuh. ingatkan lelaki..tup2 pempuan. india plak tuh. dan otomatiknye, dia akan masuk umah aku (kompeni) sblm cr umah len. arghh...aku x nak rumet ngan dia. rumet2 aku pon x nak rumet ngan dia atau ngan si Herot tuh..
kiterang dah buat keputusan, kalo staff baru tu masuk, suh dia masuk bilik Herot. hehe...bior padan muka si Herot. ktrg dah sepakat..x nak pecah2 lagi. ktrg dah berkorban duk bilik kecik 3 org dan si Herot duk bilik besar sorg2(macam tuan punya rumah je). kali ni..bior dia duk ngan rumet baru. hahaha..padan muka Herot..


bila sebut2 pasal Herot..aku rasa kesian plak kat dia. dia tu macam hidup dalam donianye sendiri. dalam kata lain, macam syok sendiri la.. seantero persada donia duk mengata dia..walaupon bulan2 pose ni..tp, kalo dah tension terkeluar jugak la...ayat2 yang seolah2 mengheret kami ke lembah pengumpatan. hahaha...
sekarang ni dia duk buka pose kat luar, mungkin dia rasa kami dah konker umah 'dia'. ricecooker yg dia guna sorg2 selama berbulan2 ni ktrg selamba badak je guna. yela..bukan ricecooker dia, kan..so kenela guna sesama. pehtu aku duk pk, lepas ni dia nak masak kat mana? jangan harapla dia share makan nasi ngan kami. standard dia lain la kunun. tp nak buat pe la susah2 pk. sepatutnye dia la yang pk. memandangkan dia lebih tua dr kami, maka sepatutnye dia la mendidik kami ke aras kesepakatan. ni tidak,,..dia mendidik kami ke arah mematuhi peraturan umah yang ntah apa2..tp kami buat x tau je. tu yang dia lost dalam umah tu kut..hehe..


tu la dia..ada akai pk. kalo asyik nak org terima cakap kita 100%, terimala padahnye. cakap2 kite tu bukan selalunye betul, dan bukan selalunye sama ngan cakap2 orang lain kan..tu la...last sekali nak cakap pasal Herot untuk entry kali ni,pesanan untuk Herot Jaga Mak, Jaga Mak, Jaga Mak, ...Jaga Mulut, Jaga Mulut, jaga Mulut