Wednesday, March 30, 2005
lagu tema dari nurein sempena Friendship Day on 17 April


Kawan bertahun kita bersama Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana
[tak sangka, dah 5 tahun]


Namun kita jauh di dunia sendiri Bekalan sendiri(semangat sendiri)
Impian sendiri
[masing2 sudah ada kehidupan sendiri]


Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang
[sering berlaku salah faham dan sengketa]


Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis
[harap persahabatan ini tidak sekadar tinggal kenangan]


Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta
Menunjukkan jalan demi ummat semesta


ni lagu yang aku tujukan khas buat kawan2 tersayang. kalo engkorang ada lagu nak ditujukan juga, silalah publish kat blog masing2. jangan malu2 dan jangan segan..buat muka tak malu je macam nurein. kehkehkeh



Sunday, March 27, 2005
semuanya serba tak kena. nak tidur tak mengantuk, nak makan tak lapar, nak minum tak dahaga, nak burn cd untuk report psm malas, nak bersembang tak de member [anor tido]. aku capai cd movie Windstruct, layan citer Korea kejap.


jam 4 petang, selesai menonton 2 cd untuk kali kedua. lap mata kejap dengan tuala, dan basuh muka di toilet. [sedih wooo]


ajak anor lepak kat kolej 9. aku nak termuntah duduk kat bilik. sampai kat kolej 9, banyak kafe yang dah tutup. ingat nak minta anor belanja aku makan pisang goreng ke, tauhu bakar ke, charkue bakar ke..tapi kafe yang jual nasi dengan minuman je bukak. order teh tarik, dan minum2 di situ kejap.


budak : assalammualaikum, kak. akak free ke?
aku : [aiseh men.. budak ni nak promote apa pulak?]
anor : ha ah, borak2 je
budak : saya cuma nak minta sokongan kakak berdua. akak ni, dari fakulti pendidikan ke? [pandang aku]
aku : tak,lah. akak sains komp. kenapa? nampak ada gaya cikgu ke?
budak : erm, akak nampak macam keibuan sikit
aku : ye ke ??? [kehkehkeh..seronoknya, ada gaya keibuan]
anor : nak minta sokongan apa ni?
budak : eh, garangnya akak ni.
aku : hehe..dia memang macam tu
anor : bukan garang,lah tegas
...
SERONOKNYA, ORANG KATA AKU ADA GAYA KEIBUAN..
bukan kali pertama orang kata macam tu, dah banyak kali. cuma aku tak pernah kira berapa kali. entah,lah..tiapkali orang kata aku ada gaya keibuan, hati aku jadi berbunga2. tu pasallah aku letak gambar aku ngan anak kakak aku kat sini. nak buat macamana, anak sendiri tak de lagi. hehe



Ramadhan, November 2004 : POHON PELITA


5 tahun dulu, semuanya indah-indah belaka. Tak pernah terfikir hari ini akan terjadi.
5 tahun dulu, hanya memikirkan kenangan dan cerita yang bisa membuat diri tertawa. Kerana 5 tahun dulu, masing2 masih tak punya sesiapa. Kami hanya bersembilan orang, aien, has, anor, aziah, iza, zila, syam, zura dan nora. Kemana-mana pun pergi, selagi tak cukup sembilan kepala selagi itulah kaki takkan melangkah.


5 tahun dulu, tidur pun selagi muat bilik bernombor 306 di teratak sedundun itu, selagi itulah kami menyempit beramai2 di situ. Makan pun, selagi tak cukup satu kroni, maka tak adalah yang baca doa makan lagi. Ada yang sanggup makan bawah meja. Maklum,lah bilik tak sebesar mana. Kadang2, tuan bilik terpaksa tidur di lantai, demi memberi ruang selesa pada sahabat2 yang lain di atas katil [kan iza,kan]


indahnya detik 5 tahun dulu untuk dikenang. Kalaulah masa boleh diputar kembali, tak hingin aku kembali ke detik 5 tahun dulu [ingat senang ke melalui detik2 selama 5 tahun ni. Susah wooo]. Cukuplah kenangan indah itu untuk terpahat di hati. Tak perlulah diulang2 lagi, kelak terpaksa hadapi juga hari ini.


Dalam 5 tahun ini, macam2 yang terjadi. Suka dan duka, ada yang menjadi pengukuh persabatan ini namun, ada juga yang menjarakkan persahabatan ini. KENAPA INI TERJADI.


EGO, PENTINGKAN DIRI, TAK PERNAH FIKIRKAN PERASAAN KAWAN2, TAK RETI MENGHARGAI KAWAN [CUMA RETI HARGAI KAWAN2 LELAKI JE], KEDEKUT DUIT UNTUK BALAS MESEJ KAWAN PEREMPUAN, DAH ADA ORANG LAIN YANG JAUH LEBIH BAIK DARI KAWAN2 NI..

......................
entry seterusnya ditutup di sini. cuma kroni yang dibenarkan baca. kroni, sila contact nurein untuk entry penuh
...........................


Isk aku dah mula mengarut dah mengarut. Rasanya kene tamatkan dulu cerpen yang menyayat hati ni.


Kepada siapa2 yang terluka, terkecil hati, yang melukakan, yang mengecilkan hati, kita BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.


Satu masa dulu kita dah metrai janji, BERSAHABAT SAMPAI MATI. Belum apa2 lagi dah jadi macam ni. Ingat sikit, janji2 yang kita pernah buat dulu. Dahlah saling melukakan, senang2 je nak melupakan janji.


Apa yang berlaku tu, jadikanlah iktibar. Jangan ulang lagi, jangan keruhkan keadaan. Tak ada sesiapapun yang menryisihkan sesiapa. Semuanya berlaku diluar sedar. Kerana KEBODOHAN masing2. maaf,lah guna bahasa kasar. Takut kang, kalau berlembut sangat tak ada yang sedar [termasuklah yang mengarang cerpen hampeh ni]


Kalau boleh 17 april ni kita bersembilan dapat berkumpul semula. Janganlah dikenang kenangan yang pahit, kenang yang INDAH2 sudahlah.


Ingat tak pada pohon pelita yang kita buat dulu? Harap2nya POHON PELITA tu sentiasa menerangi hati kita yang MALAP ni. Harapnya, dapat kita berkumpul 17 april ni, buat BBQ macam selalu2 kita buat. No excuse. Jangan mengada2 nak bagi alasan x nak datang sebab kecik hati, atau sebab x tahu nak berhadapan dengan kawan2. kalau ada yang buat macam tu, rela aku pegi cari dan tampar sorang2. kalo aku buat, korang tamparlah aku [tapi jangan kuat sangat..]


OKLAh..aku rasa cukuplah sampai di siniAku harap pada hari tu, 17 april aku dapat jumpa has, mama, anor, iza, zila, zura, syam dan nora. Aku tak nak ada terkurang sorang pun. Tolonglah datang, atas nama PERSAHABATAN….



Friday, March 25, 2005
gud luck, aien
ucap anor sebelum blah
aku merangkak malas naik ke katil. saja nak tengok anor bergaya dengan kot itam. aku selalu terlepas event pagi2, sebelum anor gi keje. hari ni merasa jugaklah aku tengok anor pakai kot itam tu. aku belek jam handset. 7.30 pagi. argh..malasnya nak mandi. 5 minit lagi.


jam 7.45 pagi aku capai jugak kain tuala dan mandi. aku tengok has dah mula bersiap2 nak mandi, mama pun ada ura2 nak mandi. ah, tak boleh jadi. nanti shower full. aku ada urusan penting yang perlu di settlekan pagi ni.


aku bersiap2 alakadar. pagi ni, tak keje sebab aku ada exam. pakaian nak gi keje ngan pakaian nak gi fakulti [kelas/exam] lain. so, tak perlulah aku selongkar locker untuk cari baju kurung.


jam 8.45 pagi aku cersiap2 gi fakulti. has dan mama nak balik kampung. argh..tinggallah aku sensorang nanti. has wish gud luck sebelum blah.


jam 8.50 aku sampai kat fakulti. sampai kat aras 1, pelik gak. kenapa sunyi sepi je? tak de orang nak amik exam ke? aku pusing dua tiga kali cari classmate aku. dalam ramai2 classmate aku [mebe 60 orang kut], sorang pun aku x nampak.


aku check balik jadual pekse. argh...rupanya paper aku petang ni kul 3.00. menyampah betul, kena study lagi sampai pukul 3.00. aku naik aras 5 kejap, ingat nak lepak2 dekat lab. tapi, semua lab tutup. aku turun balik, dan terus balik ke bilik.


tiba2, dapat mesej has.
weh, aku x jadi balik hari ni. x de tiket. aku balik esok
kahkahkah..
apalah nasib hari ni
aku ingat paper jam 9.00 pagi
has pulak x dapat balik kampung sebab x de tiket
dah nasib kami sekampung agaknyer.



Thursday, March 24, 2005
aku : HAS, kau buat dedikasi tak? kau buat macamana?
Has : belum lagi
aku : macamana nak buat? tak de ide. menyampah betul,lah nak buat benda ni
Has : tak nak buat, tak payah buat. bukannya wajib
aku : tapi nak buat. tapi, menyampah. bukannya selalu buat tesis.


dedikasi teristimewa buat mak, abah dan keluarga tersayang di atas sokongan dan dorongan yang diberikan. limpahan doa yang dicurahkan menjadi penerang jalan dan sumber kekuatan sepanjang berada jauh di perantauan

buat teman-teman yang sentiasa ada di sisi menemani... Has, Aziah, Anor, Zila, Iza,Nora dan yang lain-lain. semoga suka dan duka yang dilalui bersama-sama akan menjadi pengukuh ikatan persahabatan ini buat selama-lamanya

buat saudara a* yang banyak memberi inspirasi dan semangat, terima kasih atas segalanya

erk..akhirnya berjaya juga aku siapkan dedikasi.


aku : anor, nak baca dedikasi kau
anor : kita x buat dedikasi
aku : hish, ntahapaapantah. x buat dedikasi
anor : hehe
aku : kite dah letak nama dia dalam dedikasi. ni kene potong ni. sampai hati x buat, tak nak letak nama kroni.


sebelum tu, aku baca dedikasi mama. hehe, mujurlah ada nama aku. dedikasi has belum baca. balik nanti aku baca..



Tuesday, March 22, 2005
kesilapan jadi sempadan, bukan panduan meneruskan kehidupan


siapapun pernah buat silap. tidak ada seorang manusia pun yang lepas dari melakukan kesilapan. bersembang lepas lunch dengan has dan mama menyedarkan aku, betapa besarnya kesilapan pernah aku lakukan hingga mereka boleh kata, "sem lepas minah ni banyak buat hal, dengan banyak assignmentnye, dengan macam2 masalah lagi. hish, melampau betul". huh, aku akui semua tu. dan sem ni, kehidupan aku makin waras dan matang. kehkehkeh..boleh percaya ke?


macam2 jenis kesilapan. kadang kala, kita tahu kita silap. tapi masih melakukannya juga dengan tegar. beberapa minggu lalu, aku terbaca satu berita di akhbar online. wanita pengsan 3 kali kerana disaman. hish, sampai boleh pengsan, lemah ketahanan mental betul. tapi, bila aku melalui sendiri pengalaman itu, maka aku faham kedudukan wanita itu. tapi, aku tak boleh pengsan sebab aku bawak motor, bukan kereta.


perasaan aku begitu sedih setelah disaman pak guard UTM. rasa nak menangis pun ada, tapi aku tabahkah jiwa dan ragaku. aku tak boleh nangis sambil bawa motor. hehe..cuma berlinang ajelah. aku kena saman..wa!!! mak, nak balik..sobsobsob.


broommmm....tapi aku bawak jugak motor yang tak ada sticker UTM. itulah, penyilap tegar.


tadi aku bayar saman, jauh aku parking motor. takut pak guard nampak. langsai RM10. mujurlah sepuluh je, kalo betul RM25, abis duit aku. nak cover tesis lagi. itupun, duit tu ada orang yang kasi.


baru2 ni, has mintak duit kat abang dia. bestnye boleh mintak2, msg2 dan dapat duit. tapi abang2 aku, erm...kirim salam pada bayu ajelah. aku paham kedudukan mereka, susah senang mereka. tapi x tau lah samada mereka paham akan susah dan senang aku di sini.


alhamdulillah, mujurlah ada abang orang yang sanggup bagi perhatian pada aku lebih pada adik2nya sendiri dan lebih dari apa yang abang2 aku bagi pada aku. mungkin bunyinya semacam pelik dan tak adil. tapi aku sangat2 bersyukur, sekurang2nya ada juga yang sudi menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan. dan disaat aku dah tak sanggup menambah hutang keliling pinggang.







Thursday, March 17, 2005
2 bulan x balik kampung
rindunya pada MAK dan ABAH
rindunya pada NABIL yang degil dan nakal
rindunya pada ANAK MEOW yang mungkin dah jadi BAPAK MEOW
rindunya pada HAFIZI yang cute dan manja
rindunya pada AIMAN yang debab dan kuat makan
rindunya pada PANGKIN belakang rumah
rindunya pada IKAN PEKASAM..slurpppp...sedapnyer..



Wednesday, March 16, 2005
aku : en, saya nak hantar pembetulan report ni
encik : ok.
aku : 18 hb ni, kene bagi pada sv pulak. bila saya boleh ambil balik report ni?
encik : kenapa nak ambil balik?
aku : untuk pembetulan ni, hantar satu copy je. mula2 bagi pada penilai, lepas tu ambil balik then bagi pada penyelia.
encik : habis tu, saya dapat apa?
aku : entah
encik : tak nak, saya tak nak kasi
aku : lor, habis tu. saya manalah tahu. penyelaras yang tetapkan macam tu. saya ikut je.
encik : awak ni, habis tu saya tak dapat apa2 lah
aku : [sengih]
encik : saya tak nak bagi
aku : erm, kalau macam tu, macamana saya nak tahu nak betulkan bahagian mana?
encik : kena check lagi ke?
aku : kalau tak nak check pun tak pe
encik : erm, saya percayakan awak ajelah nurein. saya malas nak check. saya anggap awak dah betulkan apa yang perlu dibetulkan
aku : ok. kalau macam tu, boleh tak saya pinjam sekejap, nak photostat satu copy lagi
encik : awak print satu copy aje ke?
aku : [penat betul cakap ngan dia ni]. ya, kan penyelaras dah tetapkan, hantar satu copy je
encik : bertuah punya budak. ambil,lah. ikut suka awaklah
aku : erm..sori, ye encik. petang nanti saya hantar semula. terima kasih.


keluar dari bilik encik tersebut, aku geleng kepala dan membebel sorang2.
nak ikut cakap sapa sebenarnya ni?? hish..pening kepala aku. tapi, tak kisahlah. apa pun halangan dan rintangan akan aku hadapi jua.



ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku
bila kuberduka engkau hiburkan selalu
ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku


nabil : m*, jangan nyanyi macam tu
aku : naper? tak leh nyanyi macam tu?
nabil : kawan nabil ajar,kan. nyanyi semuanya huruf u.
aku : erk..try dulu


ubu..ubu..ungkuluh rutu hutuku
bulu kubuduku ungku huburku sululu
ubu..ubu..ungkuluh rutu hutuku


dan semalam, dilanda kemalasan terlampau. lepas makan, melepak dengan kroni atas katil sambil bersembang2. tiba2 aku nyanyikan lagu itu.
kahkahkah. tak sangkalah pulak derang boleh ketawa terbahak2. sebab aku selalu nyanyikan kat rumah, pada aku itu biasa. itu semua Nabil punya pasal [budak kecik memang banyak ide mengarut]




Monday, March 14, 2005
Entry hari jumaat, 11 mac 2004


Pagi , lab, perbentangan technical paper review
Setelah 3 jam menunggu giliran.


Aku : en, saya nak present boleh?
En lect : eh, nurein. Awak x boleh request mcm ni. Saya dah sediakan jadual
Aku : tapi encik, saya kena masuk kerja ni. Saya ingat encik pilih je siapa2.
En lect : saya dah sediakan jadual. Kamu x boleh buat macam ni.
Aku : erm, tak apalah encik. Saya tunggu.
En lect : ok, kumpulan ****. Aik, dah tak ada orang?
Aku : sengih [that s why lah aku nak present]
En lect : oklah nurein, awak present sekarang


Selesai present
Junior : akak, sorang aje?
Aku : ha ah, akak malas buat grouping
Junior : wuiyo, buat sorang je. Orang lain buat 5 orang.
Aku : senyum [grouping pun belum tentu boleh present dengan baik. Grouping pun, belum tentu semuanya buat keje. Kehkehkeh..padahal pagi tadi aku nervous giler]


Petang : redemo final project animasi


Aku : ini hasil projek saya. Ada system partikel, kiub dan pyramid
Dia : wuiyo..tapi, apesal kiub tu berputar? Kiub tak payah rotate. Pyramid je
Aku : habis tu, dia jalan macamana?
Dia : straight je. Tak perlu jalan berpusing2. lepas tu, pyramid tu berputar, then dia membesar.
Aku : erm..kalau macam ni, berapa yang saya boleh dapat?
Dia : 15, suka?
Aku : tak, saya nak betulkan dulu.
Dia : ok, nanti dah betulkan panggil saya.


30 minit kemudian :


aku : ok, kiub ni dah boleh jalan straight.
Dia : ha, macam tu lah.tapi,pyramid kenapa x membesar?
Aku : kalau macam ni, berapa saya boleh dapat?
Dia : 18
Aku : erk, saya tukar coding dia dulu, ya
Dia : ok


30 minit kemudian :
aku : x dapat buatlah. Pyramid tu x membesar
dia : dah puas hati ke?
Aku : belum, tapi x tahu dah nak adjust kat mana
Dia : takpe, saya bagi 2 minit lagi
Aku : [masih ada peluang, cuba ajelah]


2 minit kemudian :
aku :pyramid ni,kan. Dia,kan..mula2 dia berputar. Lepas tu membesar, lepas tu dia kecik balik
dia : o, oklah tu dia scale macam tu. Tapi apesal macam tu? Kelakar
aku : tak boleh ke?
Dia : erm, oklah. Oklah macam ni
Aku :[riang sungguh rasa dalam hati]



Wednesday, March 09, 2005
selesai memfotocopy borang komen pembentangan projek, aku bergegas ke fakulti. sampai depan bilik penilai, aku selitkan borang tersebut di bawah pintu. jam sudah pukul 1.00 tengahari. barangkali penilai aku dah keluar lunch.


kelepek!! kelepek!! aku beredar meninggalkan laluan di bilik lecturer yang sunyi sepi. lunch hour lah katakan.


tiba2..kreokk!! terdengar pintu bilik salah satu bilik lecturer dibuka. aku menoleh sekilas. kelihatan penilai aku bercekak pinggang. er, memandangkan dia knal benar dengan muka aku, maka aku berpatah balik.


en : ni apa ni? main2 selit2 je bawah pintu. ingatkan sapa tadi.
aku : lor, saya ingatkan encik takde. sunyi je. malas,lah nak ketuk2 dulu.
en : nurein, awak punya projek tu macamana? bla bla bla.bok bek bok bek.
aku : saya punya projek tu begini, bok bek bok bek..
en : awak kena buat pengujian tu, sebab tu dalam objektif.
aku : en, status saya apa sebenarnya.
en : kenapa nak tahu?
aku : mestilah nak tahu.
en ; yang penting, lulus bersyarat.
aku : en, lulus bersyarat tu ada dua, major ke minor? status saya apa? major ke minor?
en : kenapa student selalu nak tahu, ya.
aku : student memanglah nak tahu status projek masing2.
en : saya rahsiakan dulu. awak buat dulu apa yang kena buat.
aku : en, kalau boleh tak naklah lulus major. saya taknak present semula.
en : eh, sesuka hati je nak pilih2. tunggulah senarai keluar nanti.


aku pulang dengan perasaan hampa. sampai ke hari ini pun, aku masih lagi tak tahu status projek aku. sedih. ditambah2 lagi dengan assignment dan projek kelas yang terbengkalai. sobsobsobri yunus


kejap tadi, rina datang. bok bek bok bek ngan rina kejap. tiba2 hati tergerak nak check web psm jabatan. tara!! jadual perbentangan semula psm2 dah keluar. berdebar2 aku menanti detik2 meloading page tersebut. nak nangis je rasa. 5 minit kemudian, maka keluarlah senarai yang mendebarkan jiwa dan raga aku.


ALHAMDULILLAH, aku tak yah present semula. syukur.



satu masa dulu

dia : beli buah, bawak balik bagi kawan2 makan

aku : tak nak. nanti berat nak bawak naik bas, pastu, nanti tak muat raga motor

dia : kalo macam tu, beli kek nak?

aku : tak nak, nanti kemik

dia : abis tu, nak apa? takkan nak balik tangan kosong je. nanti org kata p**** awak kedekut

aku : ha, nak cekelat. boleh tak?

dia : pegilah cari.

tara!! aku amik ferrero rocher. saiz besar punya. hehe, sekali sekala mengepau apa salahnyer. kalo malu nak mintak, sure tak dapat nyer. tak merasalah aku sekotak ferrero rocher. kalo nak beli sendiri, waduh...tak makan nasik seminggu

tadi kat office :

staff : nah, ferrero rocher

aku : eh, terima kasih.

kat bilik :

aku : ateh, tadi kan, kiter dapat ferrero rocher

ateh : apesal ko selalu dapat coklat, hah?

aku : peminat kasik. hehe.

ateh : ni meti sebab derang semua rindukan ko

aku : ha ah,lah.. lama giler tak gi keje.




Monday, March 07, 2005
dalam lab nak demo final projek animasi


apesal, lah sumernye budak cina. manalah budak melayu ni?
ada, ada sorang. iaitu aku.
erm..cuaknyer aku. adalah 3 kerat je budak melayu kat dalam lab yang makin menyejuk ni. itupun, tolak dua orang [bukan kelas animasi], maka tinggallah daku seorang.


ya ALLAH ya TUHANku. kau permudahkanlah jalanku.
AMIN..



Saturday, March 05, 2005
on da way ke angsana :
som : kau pegi angsana ni sebab apa? ada event apa? ke nak shopping?
aku : mana ada shopping2 nye. window shopping je.
som : habis tu, kenapa nak pegi angsana?
aku : saja, jalan2.
som : kalau macam tu, aku pun nak gi jalan2 kat angsana jugaklah.
aku : oh, kalau macam tu, kiterang ni kira tumpang kau lah yer. hehe.
som : ek eleh..


som buat khidmat keta sapu. ongkos ke angsana, RM8.00.


kat angsana : jumpa kak zurie


ateh : inilah aku_aien
aku : hehe.
zurie : oh, inilah dia aku_aien yang garang tu, yer.
aku : hah? garang? [erk...garang ker aku ni?]
ateh : ada gaya2 macam garang tak?
zurie : ada lah sikit
aku : kehkehkeh [sorilah kepada sesiapa yang menjadi mangsa kegarangan aku]


balik dari angsana


som : shopping ke? dari angsana sampai ke jusco
aku : tak,lah. tadi dari angsana, lepas tu gi skudai parade. ni baru sampai angsana
som : wah, shopping ke?
aku : mana ada shopping.


dalam plastik ada sehelai baju baru. kalau shopping, ada macam2 lagi. tapi tadi, tak tahan siott tengok baju lawa tuh. boleh pakai masa interview. [berangan siot]


kat bilik : ngetest baju baru
aku : ateh, cantiknya baju kau
ateh : baju kau pun cantik
aku : ha ah, baju kita memang cantik. mesti anor jeles.
mama : camne ngan aku?
ateh : sekeping je
mama : arghhh..
aku : kiter? sekeping tak?
ateh : tak


makan mangga
ateh : manis siot
aku : siot..
mama, ateh, anor : kahkahkah
aku : ya,lah. kalau kita kata manis,kan. kita balas kan,kan.



Friday, March 04, 2005
kekontangan ide.
aku ketandusan ide untuk menaip entry lewat ini.


melepasi satu cabaran dalam hidup ini, boleh dianggap satu pengalaman yang cukup manis. walau kemanisan itu tak semanis yang diharapkan.
[malu pada en.shaf yang mengintai aku yang menyorok di celah kerusi dan meja selepas presentation--aku bukan menyorok, tapi kekangan tempat dan ruang untuk aku duduk memaksa aku duduk di bawah meja]


tak tahu nak gambarkan perasaan aku tika itu. terharunya aku, melepasi hari itu.