Friday, December 31, 2004
Satu ketika dulu, pernah terjadi aku tak dapat mengawal diri. Aku rasa, kawan2 dah tak pedulikan aku. Diorang tinggalkan aku bila dapat ‘gading bertuah’. Aku rasa sangat tertekan, sangat sedih dan tersisih. Lantas aku nekad untuk tinggalkan daerah selatan buat seketika, walau terpaksa mungkir janji yang dah dibina.


Aku pergi ke satu tempat yang aku rasa aku akan temui ketenangan yang aku cari. Aku cium tangan mak, tangan abah dan aku lambung-lambung Aiman yang besar tapi kecil.Kerinduan aku terubat, walau terpaksa menemui insan2 itu dengan hati yang sedikit tak menentu.


Di tempat itu aku sering termenung memikirkan kenapa dengan aku? Pada usia 20-an kini, masih lagi belum dapat berdiri sendiri? Masih lagi belum dapat menilai mana yang baik dan buruk? Masih lagi belum biasa berhadapan dengan konflik2 seumpamanya walau dah banyak kali terjadi?


Tempat yang aku harap dapat berikan ketenangan buat aku, tak lah setenang mana ketika itu. Aku sedar, Aiman yang aku kelek ke sana ke mari akan terpaksa berpisah juga dengan aku. Kakak yang selama ini banyak berkongsi suka dan duka dalam hidup aku terpaksa berhadapan dengan krisis besar dalam hidup. Dan aku terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorng adik, membantu seadanya.


Bila aku renungkan kembali, kenapa begitu banyaknya cubaan yang perlu aku hadapi dalam hidup ini, dan aku bandingkan dengan kakak aku. Oh..begitu ketinggalan, dan remehnya perkara yang aku anggap dugaan hidup yang membuat aku menderita selama ni. REMEH. Walau kakak aku bukan yang terbaik, tapi masih ada satu perkara yang terlalu baik yang aku pandang pada dia, iaitu tabah. Besar manapun dugaan yang dia alami, aku tak pernah lihat dia menangis, merungut atau melepaskan perasaan pada orang lain.


Kisah ini tak sanggup untuk aku kongsikan dengan sesiapa. Tiap kali terkenang, aku rasa begitu MARAH , menanti masa yang sesuai untuk bertindak. Berulang kali aku ucapkan pada kakak, kak Teh tunggu akak habis belaja. Nanti, bila akak dah kerja, akan akan usahakan sampai kita dapat aiman semula. Masa tu akak nak kak Teh duduk kat tempat yang jauh, yang hanya kita sekeluarga yang tahu. Itu janji aku pada kakak, dan aku akan tunaikan, insyaAllah.


Dan sekarang, mungkin aku lebih tenang berbanding dulu bila berhadapan dengan masalah. Caranya mudah, aku ingat ketabahan kakak dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Tapi, bila ada orang yang menganggap satu perkara REMEH itu sangat besar masalahnya, kadang2 aku rasa nak marah juga. Lebih2 lagi bila ia melibatkan aku, lantas MEMBADUTKAN aku.



________________
TSUNAMI


berkejaran di tepian pandai, bersiar2 dan berkelah sekeluarga menikmati angin selat. melihat ombak yang menggulung2 dan kemudian berdiri dan merakamkan keunikan fenomena itu dengan kamera sendiri. seronoknya melihat anak-anak kecil berlarian di pasir yang memutih, berlatarbelakangkan ombak yang menggulung dan buih2 yang memutih.


siapa sangka ombak menggulung yang kelihatan biasa itu rupanya mengundang malapetaka yang dahsyat. yang memusnahkan syurga-syurga di tepi pantai, yang menuntut kesabaran dan ketabahan insan2 yang kehilangan, yang menjadi perhatian di bumi Tuhan ini.


mungkin itu peringatan dari Allah. bumi ini tidak akan kekal selamanya. ya, kanak-kanak kecil pun tahu, yang putih, yang hitam, yang beriman pada Allah atau tidak, semuanya tahu. alam ini akan musnah jua. tapi, berapa ramaikah yang bersedia untuk menghadapi kemusnahan itu? kadang-kadang, aku pun terlupa.

sedekahkan lah Al Fatihah buat yang telah tiada.
ambillah iktibar buat yang masih ada.





Wednesday, December 29, 2004
bilik en.lecturer, jam 9.00 am


nurein : assalammualaikum, encik. saya nak amik buku
en. lect : kamu, nurein, yer
nurein : er..ye. macamana encik tahu nama saya?
en. lect : saya nak tanya kamu, mana kamu dapat no handset saya
nurein : sem lepas, student psm encik call encik guna handset saya. so, saya simpanlah no encik
en. lect : ok, tak pe. saya terkejut, macamana kamu boleh send mesej ke handset saya.


bertambah lagi sorang lecturer yang kenal aku. siap tahu nama penuh aku lagi lak tu. lepas ni, sure tak leh ponteng kelas. hehe


dalam lif, jam 10.40 am.
en. s : hah, apa citer PSM? ok ke k.o?
nurein : e..citer..tak lah ok sangat, tapi tak lah sampai k.o
en. s : erm..buat baik2 psm tu. jangan main2.
nurein : [hehe] erm..ye, encik
en. s : sem ni ada berapa kelas
nurein : ada 2 kelas.
en. S : kelas apa?
nurein : kelas animasi ngan komunikasi komputer. berat jugak tuh
en. S : oh, kalau tambah psm, 10 kredit lah yer. buat betul2, jangan malas.
nurein : ya, encik..en nak tengok student demo project ke?
en. S : ya, demo kecil-kecilan.


aku sengih dan keluar dari lif terkemudian. tiap kali bertembung dengan en. s, pasti dia tegur aku dulu. aku dah naik segan. pernah satu ketika terserempak dengan dia waktu sama2 membeli ikan bakar. segan dan malu punya pasal, aku buat2 tak nampak. tiba2 dia datang dekat dan kata , buat-buat tak kenal, nampak. aku sengih dan terus tersengih. malu siot..lecturer tegur macam tuh. beberapa hari kemudian, terserempak ngan dia kat fakulti. aku senyum dan beri salam, dan tanya kabar, dan bersembang. hehe..kadang2, peramah jugak aku ni.


ada beberapa kelebihan dan kekurangannya bila anda 'terkenal' di kalangan lecturer jabatan anda :


kelebihan : anda akan terasa glemer lebih2 lagi kalau ketua jabatan anda menyapa anda di hadapan kawan2 sejabatan anda, diberi perhatian, kalau jumpa lect tak payah susah2 perkenalkan diri, dia dah tahu siapa anda, dia akan tegur anda dulu jika anda 'malu', orang akan sangka ada sesuatu yang menarik pada anda sebab ramai benor lecturer kenal


kekurangan : sediakan jawapan yang baik untuk soalan2 power seperti..pointer sem ni berapa? psm macamana? bila nak demo kat saya? mana kad raya? aik..ada lagi awak sem ni??? bila nak abih belajo???




Tuesday, December 28, 2004
-resepi hari ini-
Nasi Paprik yang sedap menyelerakan lagi menjimatkan


bahan-bahannya
ayam = RM 3.00
putik jagung (2) = RM1.20
kubis = RM0.81
lada ***** = RM 0.78
sos tiram = guna yang dah ada
sos cili = sda
cili boh =saki baki stok bulan lepas
bawang putih/merah/besar
nasi kosong (2 bungkus polisterin, padat) = RM1.00


Cara-Cara Memasaknya
1. panaskan secawan minyak hingga panas [kalau bahan sikit, tak payahlah sampai secawan]
2. tumiskan cili boh
3. masukkan ayam yang dihiris[janganler halus sangat]
4. masukkan sedikit air
5. masukkan bawang putih
6. masukkan sos tiram, sos cili, garam secukup rasa, dan sedikit ajinomoto[sikit je]
7. masukkan bahan2 lain [sayur2 tu, potonglah dulu, jangan masuk seketul2]
8. rasa masakan anda [dijamin sedap hingga rasa nak habiskan terus]


Cadangan Hidangan
bahagikan nasi. kerat dua polisterin anda, tambah pinggan jika perlu [bergantung pada bilangan kroni dan sahabat handai yang dijemput makan].
angkat periuk nasi dan hidangkan ditengah2 [strategi untuk menjimatkan penggunaan sabun basuh pinggan].
makan dengan memulakannya dengan doa makan.


Cadangan Selepas Selesai Makan
dah mulakan dengan doa makan, akhiri dengan doa selepas makan.
simpan semua pinggan yang digunakan dalam bakul, serahkan kepasa kroni yang tidak terlibat dalam aktiviti memasak.
berehat sebentar
kira kembali ongkos perbelanjaan hari ini
kutip duit dari kroni yang masih belum mengeluarkan satu sen pun duit
duit lebih, masuk tabung dan simpan baik2.
lakukan aktiviti yang tergendala sebelum makan.


sekian, terima kasih. semoga anda menikmati nasi paprik dengan aman dan bahagia



Monday, December 27, 2004
Buku Teks: Java Network Programming
by
EN LECTURER - Thursday, 23 December 2004, 10:06 AM

Berita gembira untuk kita, buku teks yang ditempah insyaAllah akan dihantar ke bilik saya esok (24.12.2004). Waktu belum ditentukan lagi.
Harap maklum


Re : by EN LECTURER
- Friday, 24 December 2004, 10:51 AM

Buku teks sudah sampai ke bilik saya pada pukul 10:35 a.m. (24.12.2004).Harga : RM 65.00 sahaja.
Setakat ini, seramai 35 orang yang buat tempahan. Jadi ada baki 5 buah utk tempahan tambahan.Sila reply jika berminat .... berikan nama anda untuk buat tempahan.Kalau tempahan melebihi 5, insyaAllah saya akan buat order yang baru.Harap kamu semua rebut peluang ini ... at bookstore, the price is over RM150.00 !
Beli ... Jangan tak beli ....


Re: Buku Teks: Java Network Programmingby
S.ANILLA - Friday, 24 December 2004, 10:55 AM

hai encik...saya dan kawan saya nak buat tempahan..rasanya tadi kami dah bagi nama pada encik. kami ialah anilla dan yogeswari....kami nak tempah 2 buah buku....we'll get the book from encik b4 noon...thanx encik...



Re: Buku Teks: Java Network Programmingby EN LECTURER
- Friday, 24 December 2004, 10:56 AM

InsyaAllah, hari ini (24.12.2004) saya ada di bilik hingga tengahari, 12:00 pm.
Untuk sesiapa yang berhasrat mendapatkan buku teks


Re: Buku Teks: Java Network Programmingby
YEE YIT SHAN - Friday, 24 December 2004, 04:33 PM

encik, saya yit shan dan kia yin belum beri nama kepada encik tetapi hendak beli buku, ada buku extra lagi tak???
daripada ,
yee


Re: Buku Teks: Java Network Programmingby EN LECTURER
- Friday, 24 December 2004, 09:50 PM

Ok. Saya tick nama kamu ...Jadi sekarang ada balance := 3 buah lagi


Re: Buku Teks: Java Network Programmingby EN LECTURER
- Friday, 24 December 2004, 09:51 PM

Balance terkini buku pada 9:50 p.m. (24.12.2004) := 3 buah.



Re: Buku Teks: Java Network Programmingby
PHANG SHENG JIE - Monday, 27 December 2004, 10:45 AM

Encik esok atau hari ini ada di bilik tak?
saya nak ambil buku daripada encik. tk.
27/12/2004 10:46 am.


Re: Buku Teks: Java Network Programmingby
NUREIN- Monday, 27 December 2004, 10:48 AM

assalammualaikum, encik.
saya ada buat tempahan, tapi belum ambil lagi. harap encik reserve kan satu untuk saya. insyaAllah, petang ni saya ke bilik encik.
terima kasih


[akibat ponteng kelas hari jumaat]


moral : jangan monteng lagi.






Sunday, December 26, 2004
SMART DAY

Setahu aku, dah beberapa sem UTM menguatkuasakan smart day pada hari Isnin. Hari Isnin adalah smart day. Semester lepas, hanya pelajar baru [tahun satu] yang diwajibkan menghormati Smart Day ini.

Maka dengan itu, seluruh warga kampus bertanggung jawab menghormati smart day. Siswi diwajibkan memakai baju kurung/apa pakaian yang kemas dan sopan, serta berkasut. Siswa perlu memakai kemeja, seluar slack, dan semestinya kasut.

Minggu Pertama :
Aku ke fakulti dengan Has.
N : wah..ramainya student tahun 1. semuanya pakai baju rasmi
H : ha ah, lah. Hari Isnin, student tahun satu kena pakai baju rasmi. Kita senior.
N : kita senior tahun akhir.
[masa ni kiterang belum tahu lagi, Smart Day dikuatkuasakan pada semua warga kampus, termasuklah student tahun akhir]

Minggu Kedua :
kelas animasi jam 11.00 pagi, jam 10.50 aku bersedia untuk ke kela. Aku pakai t-shirt, dan seluar jeans. Aku capai helmet dan kunci motor..tetiba Has kata, “ Aien..hari ni Smart Day”,
N : argh…kena pakai baju kurung.
Aku ambil masa 5 minit tukar baju. Huh..mujur ada baju yang tak perlu iron.
Aku sampai ke kelas animasi lewat 10 minit. Aku intai2 dari luar kelas, kelas dah penuh. Tak de meja kosong lagik. Aku termenung kejap di tepi kelas, tiba2 beberapa orang classmate yang senasib dengan aku mula menghayun kaki untuk ‘blah’. Aku ikut mereka. Kami senasib.

Minggu Ketiga :
Jam 11.00 pagi aku ada kelas animasi. Jam 10.45 aku keluar dari blok. Tengah nak start motor, aku nampak Zue baru balik dari kelas. Aku tengok dia. Bukan sebab dia sungguh mempesonakan atau apa, tapi sebab dia pakai baju kurung. [apa kess budak kecik ni pakai baju kurung?]
N : ooo..hari ni Smart Day.
Aku tukar baju dan pecut motor ke kelas.
Hehe..hari ni aku sempat masuk kelas. Aku dapat tempat duduk.

Minggu Keempat :
Jam 10.45 aku dah sampai kat fakulti. Aku cari parking yang best, supaya senang aku nak ‘blah’ nanti. Aku nampak segerombolan budak cina pempuan, aku pun bermonolog lagi. [kenapa diorang pakai kebaya nih? Ada presentation ke?]
N : ooo..hari ni Smart Day.
Aku start motor dan blah. Aku balik bilik tukar baju, bila sampai ke fakulti, kelas dah start. Seperti biasa, aku jadi mangsa Smart Day.

Minggu Kelima :
esok..jam 11.00 pagi aku ada kelas. Woi..kengkawan..ingatkan aku esok Smart Day.




Friday, December 24, 2004
putih dan bersih. akhirnya warna suci ini juga yang kupilih. semoga rumah baru ini akan lebih bermakna buat aku. lebih selesa, luas dan lapang.
....
test 1 animasi komputer..makmal komputer
aku penah buat program ni lama dulu, [adalah dalam setahun yang lepas]. tapi aku tak duga soalan malam ni akan keluar soalan yang sama yang penah aku buat dulu. arghh..tensionnyer aku. dah setahun lebih aku lupakan openGL. tiba2 kena refresh balik. tension..tension.

aku taip semula skeleton yang diberi encik lecturer. aku taip slow-slow..sebab aku dah lupa command yang digunakan. kalaulah aku tahu malam ni aku kena buat balik benda nih, sure aku practise selalu. sia2 belajar tapi abis sem, terus lupa.

sehingga ke detik2 terakhir, cuma 5 orang classmate yang keluar dari lab dengan bangga.
"okla..sapa2 yang cuma dapat screen hitam tu, saya bagi dua markah",
fuh lega no..baik hati rupanya encik lecturer. aku tunjukkan hasil program aku. screen hitam. ok...malam ni, aku dapat 2/5. lain kali, aku kena dapat koman2 4/5.




Thursday, December 23, 2004
kerja lebih masa, atau menyiapkan kerja yang sepatutnya sudah siap sejak zaman berzaman lagi. mana yang lebih senang didengar. jam 1.35, has tinggalkan najid.

"lor..dah nak tidur ke?".
"kenapa? kau tak nak tidur lagi ke?"
"aku kena siapkan rekabentuk ni. esok nak jumpa sv. tak pe,lah...ko tidurlah",

buat pertama kali aku berjaga malam tak ditemani has. aku amik selimut, bawa masuk ke bilik study. aku kunci pintu bilik study. malam ini aku nak tidur kat bilik study sensorang. esok juga ex rumet aku datang. aku kena siapkan jugak kerja aku malam ni. nanti aku nak demo kat dia.
esok petang aku nak jumpa sv. aku harap, dia tak kasi aku surat warning. 2 minggu aku kantoi, tak jumpa sv.

esok malam aku ada kuiz animasi. entah apa soklan yang keluar, aku pasrah. baru kejap tadi aku buka balik e-book yang dah aku zip kan masuk dalam cd. mujurlah program yang penah aku buat dulu masih ada. aku run kan program, dan pilih yang mana berhasil. lalu aku print source code. malam esok, ada open book quizz. aku nak print banyak2 source yang ada.

9 jan, cuti pertengahan semester. habislah aku kalau sv nak aku siapkan projek sebelum cuti. tak bercutilah aku gamaknya nanti. korbankan cuti itu untuk balik kg raya haji nanti.

sms :
N : Z, kau ada buku 3D graphic computer with openGL?kalau ada, nak pinjam.
Z : tak de. buku tu kat rumah. buku yang putih tu, adalah.
N : kalau yang putih, tak pe,lah. aku rasa aku ada. saja, sok malam ada kuiz. kalau tak de, tak pe lah
Z : kalau ko nak guna jugak, esok pagi jomlah gi umah aku amik buku tuh
N : aku ada kelas jam 9. tapi aku memang nak kuar sebelum gi kelas esok. kalau kau tak kisah, dalam 7.30 aku amik kau. kalau tak jadi, aku kasi tau.

7.30 pagi??? jam sekarang dah 3.00 pagi. isk..entah kul berapa aku tido malam ni. biasanya, keje last minute selalu menjadi.



Wednesday, December 22, 2004
widad : kau merajuk ke ngan p***** ko tuh? apesal kau cakap ngan dia macam tuh?
nurein : merajuk? tak de lah. memang aku cakap macam tu ngan dia
widad : la..aku ingatkan kau merajuk ngan dia. sebab kau cakap macam nak marah2.
nurein : memang macam tu lah style aku cakap ngan dia.
widad : tapi, kejamnyer..dia tak ingat besday ko.
nurein : tu la..sedih. tak merajuk pun sebenarnya, tapi kecik hati tu memanglah ada.

[saya tahu awak merajuk, awak tengah marah. so, saya tak nak kacau. awak amiklah banyak mana masapun nak hilangkan rasa marah awak kat saya tu. saya tahu, awak kena belajar kat sana. saya takut saya mengganggu]

sekarang, kalau merajuk, orang dah tak nak pujuk. sebab tu tak nak merajuk. nanti kena pujuk hati sendiri. lagipun, sekarang umur dah 22 tahun. tak de sapa yang sudi nak layan kerenah diri ini lagi. siapalah diri ini..[amik ic check sendiri..tengoklah saper diri sendiri tuh]




Tuesday, December 21, 2004
Kisah kayu, batu dan tunggul.

N : engkau ni kayu agaknya. Tak ada perasaan. Erm..aku apa pulak, yer.
H : kau batu, M tunggul.
N : heheh, ha ah.lah kayu, batu dan tunggul.
H : tapi aku kayu branded sikit,lah kayu jati.
N : wuiyo. erm, aku batu apa, ye batu delima. isk, batu berlian, lah. wau, best gile.
H : sian M, dia tunggul je. Nak bagi dia jadi tunggul apa?
N : tunggul kayu jati.
H : tak payah,lah ngko jadi kayu jugaklah.
M : hish, apa lah ngkorang ni.

Erm, inilah kisah kayu, batu dan tunggul. Sesekali bila terkenang ke
mbali, tiba2 tersedar yang aku tersenyum sorang2..[dah gila agaknya]. Tapi disebalik kisah kayu, batu dan tunggul itu, ada makna yang tersirat..yang sungguh tersirat. Yang hanya ‘kami’ yang mengerti.

L : N, tak lama lagi birthday saya. Saya nak hadiah apa, yer. saya nak.
N : tak de. Saya tak de duit. Tak de hadiah
L : bukannya orang mintak selalu. Setahun sekali je.
N : saya tak dapat pun hadiah birthday saya..saya tak mau kasi
L : isk, birthday awak kan ke bulan 6
N : [bulan 6??..ampess..]
L : eh..alamak..birthday awak bila, yer? Saya tak ingatlah.
N : huh..saya mana ada birthday…[sambung merajuk untuk dua bulan seterusnyer…hehe]

Itulah jadinya kalau seorang manusia berhati kayu, dan manusia berhati batu ber*****.



Sunday, December 19, 2004
My Baby You - marc Anthony-

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life s worth a thousand skies
You re the simplest love
I ve knownAnd the purest one
I ll ownKnow you ll never be alone

My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I dont have to wonder why
Baby you
Theres no more just getting by
You re the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will soothe you if you fall
I l be right there if you call
You re my greatest love of all
Nureeein I feel so alive

bilalah agaknya akan ada seseorang yang tujukan lagu ini untuk aku. aku terima seadanya, dengan syarat..jangan nyanyikan sendiri secara life. buruk benor bunyinya..



Saturday, December 18, 2004
menguruskan rumah baru.
ini tugas yang perlu aku laksanakan hari ini.
meninggalkan rumah lama mungkin keputusan
yang paling sukar pernah aku buat.

tapi aku mengerti akhirnya,
setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah disebaliknya.
perjalanan hidup ini makin berliku,
dan aku harus hadapi walau sesukar manapun
untuk meneruskan perjalanan ini

aku kini ke arah membentuk jiwa menjadi lebih matang.
aku bukan lagi gadis belasan tahun
yang cuma tahu berhibur yang merancang masa depan
yang penuh bunga-bunga indah,
bersama insan-insan yang aku harap akan sentiasa
menemani walau suka atau duka
ataupun bersama insan
yang sentiasa mengingati detik waktu itu

di usia menjangkau 22 tahun kini,
aku mula menyedari sedikit demi sedikit
setiap insan akan cuba mencari corak hidup sendiri,
walau terpaksa mengorban perasaan sendiri,
dan juga insan-insan di sisi
mungkinkah aku juga begitu tanpa aku sedar?

sahabat datang dan pergi
walau dulu pernah berjanji setia,
kawan sampai mati
dah banyak aku jumpa orang yang macam ni.
sahabat-sahabat zaman persekolahan..
terlalu ramai untuk dikenang
adakah mereka juga seperti aku?



Friday, December 17, 2004
ini kisah baru hidup aku
di sini aku akan senyum, ketawa dan menangis