
KRONIZ 1ST GHATERING
28 Jan 2006
Long Journey
First time naik train dr KL ke JB. Nervous pun ada jugak, lebih2 lagi kami booking tiket kelas super duper ekonomi. Kehkehkeh..ekonomi pon, harga tiket naik sempena tahun baru cina. Kerusi keras. Kebanyakkannya tak boleh dilaras. Sakit pinggang aku dr KL ke JB. Sejuk air cond ( Oken kata seseorang) menusuk2 ke tulang sumsum. Dua lapis kain batik jadi selimut aku. Jam 5.45 pagi sampai juga ke JB. Yang nyata, aku serik naik train. Tp, sempena ghatering ini aku rasa amat bertuah sebab tiket train masih ada. Tuhan telah permudahkan urusan kami. Alhamdulillah.
29 Jan 2006
First Day Ghatering
Rusa yang dinanti masih belum tiba. Perut terasa kian berkeroncong. Rasanya, perut mama dah main lagu dangdut. Sebab, sebelum naik train mama Cuma minum the tarik. 7.30 pagi barulah bapak rusa kaler maroon tiba. Syam menyambut kami di tepi jalan. Kehkehkeh…lambat pon x pe, janji sampai.
Perjalanan diteruskan ke destinasi. Setengah jam pertama, suasana dalam rusa memang hiruk pikuk. Maklumlah..lama x jumpa. Macam2 perkara nak diKONGSI bersama. Ingat tu kawan…perkara yang nak diKONGSI bersama. Selepas setengah jam, suasana sunyi sepi. Penumpang2 mula dibuai mimpi.
Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami sampai jugak kat depan rumah makcik nora. Nora menyambut ketibaan kami dengan senyum bersimpul2. selesai punggah barang2 yang diamanahkan kepada nora, kami bergegas-gegas ke Air Papan.
Suasana di Air Papan crowded. Nak cr parking utk rusa pun susah. Di atas kecekapan mak rusa nani (eiyza) akhirnya kami berjaya jugak. Selesai melantak nasi lemak kami berjalan2 menyusuri pantai. Sambil berjalan2, kami terserempak dengan makcik-makcik angsa. Kami tidak melepaskan peluang utk bergambar kenangan dengan mereka. Ternyata mereka cukup sporting.
Lebih kurang jam 12 kami tinggalkan Air Papan utk ke destinasi seterusnya, iaitu Tanjung Resang. Ketibaan kami sememangnya dinanti oleh kakak chalet. (maklumlah…org nak bagi dia duit). Anur selaku AJK aktiviti menjalankan undian utk menentukan penghuni bilik2 misteri RAWA 1 dan RAWA 2. setelah undian dibuat, kami berpecah masuk ke bilik masing2. memandangkan aku sebilik dengan Puan Pengarah, beliau telah menggunakan kuasa vetonya untuk menjadikan bilik aku (RAWA 1) sebagai bilik dapur.
Rawa 1 : Eiyza, Zila, Syam, Aien
Rawa 2 : Nora, Mama, Anor
Meniti Persisiran

Aku kurang pasti bila aktiviti ini dimulakan. Yang pasti, lebih kurang jam 2.30 ptg. Tetapi ketika itu, kami masih bermalas malasan di atas katil. Mungkin dalam jam 3.00 petang br kami melenggang ke pantai.
Aktiviti 1 : Mencari Barang Berharga



Macam2 permainan yg dicadangkan sepanjang perjalanan ke pantai. Antaranya ialah galah panjang, teng teng jogging, senamrobik. Akan tetapi, kami memilih permainan boling pantai setelah ternampak buah kelapa dan botol2 kosong yg bersepah2 di tepi pantai.
Peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan mama dan kumpulan aien.
Mama : mama, eiyza, zila
Aien : aien, nora, anor
Runner : syam
Syam telah menjadi runner kerana semua peserta ingin menyertai permainan. Maka, syam terpaksa bermain tuk 2 kumpulan.
Kami bermain dengan amat riang dan gembira. Tiada apa yg dapat mendukacitakan kami ketika ini. Keputusan permainan…kumpulan aien telah dikalahkan oleh kumpulan mama. Aien agak sedih dan malu, tapi aien tetap rasa hepi. Kehkehkeh.
Aktiviti 11 : Lukisan Pantai
Aktiviti ini tiada dalam perancangan awal. Tetapi, semua peserta setuju utk bergambar dengan lukisan pantai masing…
Aktiviti 12 : Biar Ombak Menghantarku ke Pantai 2
Aktiviti ini seperti biasa, peserta dikehendaki bermain ombak dan memastikan masih2 kebasahan secukupnya
Aktiviti 13 : Mahligai Takeshi 
Peserta bersetuju membina sebuah mahligai takeshi. Maka, kami berhempas pulas mencari kawasan yg sesuai dan mencari pasir yg sesuai untuk membina istana bahagia. Aktiviti sangat menyeronokkan hingga kami x perasan mahligai yg kami bina menyerupai kubur cina. Semangat tahun baru cina.
Aktiviti 14 : Selamat Tinggal Tanjung Resang
Kami bergegas2 membersihkan diri. Kami dikehendaki mengosongkan bilik sebelum jam 12. tapi, memandangkan banyak perkara yg perlu dilakukan, maka kami keluar dr bilik jam 12.30. kami bertolak ke Teluk Gorek
Aktivti 15 : Mission Impossible
Aktiviti ini lebih kepada post mortem. Semua peserta amat berpuas hati dan enjoy dengan program tahunan utk kali pertama ini. Bendahari membentangkan lebihan belanjawan. Kami masih ada banyak duit utk makan besar dan dapatkan cenderahati.
Sebelum meninggalkan Teluk Gorek, kami membuat undian ajk pelaksana utk gathering yg akan datang
Pengarah : Has
Timbalan Pengarah : Anor
Setiausaha : Zura
Bendahari : Nora
Xtvt : Aien
Multimedia : Zila
Tugas-tugas khas, Keselamatan, Teknikal : Syam
Makanan : Eiyza
Runner : Mama
Kami bertolak ke Bandar mersing. Selesai makan, kami mencari tshirt sebagai cenderahati utk ghatering kali ini. Alhamdulillah, walaupun bajet kecil, tapi kami masih mampu dapatkan cenderahati yg agak esklusif utk gathering ini.
Aktiviti 16 : 1,2,3.. Action Kame
Kami berkumpul di pantai berhampiran rumah makcik nora. Kami mengenakan tshirt gathering buat kali pertama. Terdapat 2 jenis tshirt , tshirt bulat dan tshirt senget. Kahkahkah…