Tuesday, October 25, 2005
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh
melayu dan syaitan. kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu
berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.Lalu ketua jin itu pun datang.Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku
MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""
Dah jangan dok mengulat dan mempercayai
perkara tahyul.....pi buat
keja cepat..



Monday, October 10, 2005
Buntu…
Jalan buntu…
Fikiran buntu…

KL atau JB???

Perkara aku paling tak suka adalah membuat pilihan. Tapi aku terpaksa memilih jalan yang aku rasakan baik untuk aku. Jalan kebahagiaan???

Sampai hari ini aku buntu dengan bas yang kupilih.
Tapi, aku takkan sesekali menyesal…