Wednesday, April 27, 2005
aku x pahamla dengan has sejak dua menjak ni
mungkin lepas balik kampung, has berubah
asal pandang aku je, dia senyum2 meleret
susah la kalau macam ni,
sikit2 senyum..kenapa ntah
malu aku dibuatnye..naper has??? cuba citer sikit...what happened??



Monday, April 25, 2005
musim buah
pokok mempelam, kuinin, rambai, cepur, ketapi sarat dengan buah
pokok rambutan belum berbunga, biasanya pokok kat rumah2 lain dah masak merah, rambutan kat umah mak aku baru nak berbunga. lambat sikit..


terasa macam dusun buah pulak rumah mak bapak aku kat pahang nun.


3 bulan x balik kampung, 3 hari bercuti memang x berbaloi.
masa cuti dihabiskan dengan mesin jahit, sehari setengah siap 3 pasang baju kurung yang aku borong masa pesta konvo. jahit buruk2 je, lepaslah untuk aku pakai. hehe..


ahad
aku memang x niat nak pau dia
tapi dia beria2 suruh aku beli itu ini.
maka aku pau kasut ngan beg
sori ekk...
saya dah kata tak nak, awak paksa jugak
kan dah berpeluh...mujurla dalam air cond


isnin
pagi2 buta dah turun ke opis kolej. motor aku kena rantai.
baik hati betul staff opis datang merantai motor aku kat dalam foyer aras 1. security tinggi betul.
aku bayar upah jaga motor aku selama 4 hari sebanyak rm10. mujurla dia x letak harga tinggi.


kepeh..kepeh..
berpeluh aku setat motor x idup2. owh..motor ni dah lama x servis. habislah kecunnan aku di pagi yang bahagia ini. habislah kasut baru aku. kehkehkeh...
akhirnya motor idup jugak. alhamdulillah, x payahla aku menapak ke opis pepagi buta ni



Wednesday, April 20, 2005
putus cinta, putus tunang, putus kasih, putus tali


saya putus cinta sebab ::::


: dia marah saya tak makan gulai tempoyak yang emak dia masak [anak emak betul,la]
: dia nak saya bawa Honda, tapi saya cuma ada Kancil [materialistik]
: dia kata rambut saya kerinting, belah tengah pulak tu. macam tanduk sapi. sampai ati kau Fatin!! [memandang paras rupa la ni]
: dia kata saya lembab, kalau dia merajuk saya lambat pujuk. tapi, beberapa bulan lepas tu dia kawin ngan orang lain [maknanya dah ada org lain, saja bagi alasan]
: dia tinggalkan saya sebab muka saya naik jerawat 3 biji [ampehla..aku jerawat bersepah..]
: alamak...aku lupa,lah..nanti aku tanya has dan mama.. nanti aku sambung.


di atas adalah antara reply pendengar era. pagi tadi, ada topik sebab2 putus cinta yang pelik2. memang pelik dan tersangat pelik.


dulu-dulu...
aku : kita tak serasi. lebih baik la awak cari orang lain.
dia : apa yang tak serasinya?
aku : saya suka makan mempelam, tapi awak kata masam. mana best makan sorang2.
dia : [sanggup panjat dan amik buah mempelam. siap jatuh macam nangka busuk. bukan nak bg aku makan, tp kerana nak menyemai minat sukakan mempelam ]
aku : awak suka makan me, tapi saya tak suka. saya suka nasi lemak, tp awak kata tak suka, x boleh nak telan pun. takkan nanti nak masak 2 menu untuk breakfast.
dia : [order nasi lemak tiap kali breakfast]
aku : awak ni, pedas sikit pun x boleh. nanti kalau masak, semua kene asingkan yang pedas dengan yang tak pedas
dia : [kunyah cili untuk biasakan diri makan pedas. gila,lah..]
aku : saya suka makan sayur, tp awak tak suka. macamana nak serasi? satu apa pun x sama.
dia : [beli banyak sayur dan suruh mak dia masak tiap hari]


kejamnyerr..
hehe, tapi rasanya, tak la kejam sangat.
peristiwa tu berlaku lebih kurang sebulan lepas perkenalan.
kira cam, saja jual mahal,lah..
ingat senang ke nak menawan hati aku?
kehkehkeh..
malunyerrr



Tuesday, April 19, 2005
kisah konvokesyen


bunga
: mahal siot bunga2 masa konvo ni. kalau segar2 dan cantik semuanya, tak apalah jugak
: kalau kita ada transpot, moh naik cameron jap. kita borong semua bunga kat sana. nanti balik sini, kita bukak gerai bunga yang murah2, cantik2 dan segar2.
: next konvo, kita bukak gerai bunga nak?
: tapi kita kan konvo
: ala, masa konvo kita masuk dewan jap. iza, zila, syam, nora, zue, eg leh jaga gerai.
: ha ah,kan. kalau jadi plan kita nak jual kopok lekor, leh suh derang jagakan gerai time kita masuk dewan
: anor ada bawak balik daun pandan tak?
: ada..ada..orang ingat aku nak buat kuih
: bagus, leh buat hiasan. orang siap kutip rumput lagi buat hiasan. kita guna daun pandan, kira oklah sikit.
: ha ah, daun pandan dan paku pakis
: kehkehkeh..
: kalau derang [iza, zila, nora] tau kesungguhan kita buat mende ni, sure derang terharu..


jambu
: cepat, aku jolok, ko sambut tau
: nak sambut macamana?
: tadah ngan baju
: adoi! sakit kepala aku buah jambu jatuh atas kepala sehh
: pakai helmet, secure sikit
: ok, pakai helmet. tadah ramai2.
: aku jolok tau. korang bersedia
: kiter nak tadah jugak. kite dah pakai helmet
: tadah..tadah.. nanti dapat banyak skit


tapak pesta
: mama, ko nak naik motor ngan aku, tak. kira naik 3 orangla. sebab motor ni luas
: apa? tak nak? kalo x nak tak pe la. aku naik berdua je
: kahkahkah..motor ni luas



Tuesday, April 12, 2005
kelmarin
mereka : aien, ktc dah penuh. kena cari kolej lain. kolej 9 atau 13 atau KTDI la sekarang ni
aku : oh, ye ke? abislah kiter x de tenet
mereka : tu la pasal
aku : aku x kisah kolej mana2 pon, janji ada tempat tinggal


aku dan mereka berpisah membawa haluan masing2. sampai kat opis aku berfikir sejenak.
lebih baik KTDI, dekat dengan fakulti, pusat komputer, HEP dan sebagainya. Kolej 9 dan Kolej 13 bukannya ada keistimewaan apa2pun sebaliknya bapak arr jauhnyer kalau nak keluar. sure pakcik keta sapu charge lebih. aku sms mama..


cuba try KTDI, dekat dengan pusat komp dan fakulti dan arked.nak keluar blh tahan teksi. cadangan ajelah, sebab kolej lain pun bukannya ada internet


keputusan : mereka sewa bilik di KTDI sebab dekat dengan pusat komputer, Fakulti, Arked dan senang dapat teksi untuk keluar


kelmarin
mereka : kita nak sewa keta kul berapa ni? nak sewa sekarang ke?
aku : sekarang? kita bukannya siap kemas lagi ni. kita kemas sampai abis, baru sewa la. kita kan sengkek sekarang ni.
mereka : ha ah..memang sengkek pon


siap kemas barang dan solat asar, sewa kete dan angkut barang dr KTC ke KTDI. hampir siap mengemas, aku suarakan keinginan nak makan char kuey bakar kat Dataran JB


has : ok, je. siap angkut barang nanti kita g dataran
aku : ok...


jam 6.30 lebih sikit kiterang merayap ke dataran, cari char kuey bakar. hujan lebat dan jamm. dah azan baru sampai kat Dataran.
aku : isk..kalau kita dah sembahyang maghrib kan best. boleh makan terus ni
has : ha ah..


beli char kuey bakar 2 bungkus..
has : kita kena balik dulu, ni. dah 7.30 dah ni
aku : erm, kita gi masjid ajelah. kalau balik UTM pun, sampai nanti dah jam berapa.
has : kita nak makan kat mana ni?
mama : benteng nak?
aku : suke..suke..makan kat benteng


keputusan : solat maghrib kat Masjid Sultan Abu Bakar dan makan malam kat Benteng


kelmarin
aku : boringnye la..jom kita piknik kat tasik nak
mereka : nak..tapi kang, ko naik motor lak
aku : hehe...yelah, yelah..kite jalan sama2 ekk..
kami :[siapkan bekal untuk piknik + breakfast kat tasik]
mereka : erk, sapa nak bw mende2 ni?
aku : kite la bwak. kite naik motor, yer..
mereka : yelah..yelah..


kejap tadi
mama : jadi ke kita nak keluar ni?
has : kalau nak keluar, kita kena keluar cepat ni. erm, tapi kita dua ajelah
mama : kau boleh ikut ke aien?
aku : kalau bos aku ada esok, aku boleh escape petang
mama : ha ah, kau keje pagi je
aku : masalahnye, bos aku biasanya ade kursus rabu dengan khamis.
has : tu la pasal. kalau pegi angsana, boleh cari beg
aku : kite nak jugak
mama : kita nak sewa kete ke?
aku : ha, korang naik bas g angsana. pukul 5 kang aku balik keje, aku gi KTC simpan motor kat sana. lepas tu, aku naik bas ke angsana jumpa korg. cari kasut ngan beg, lepas tu balik naik bas benti kat KTC. lepas tu, aku angkut la korg balik KTDI.
mama : ha, boleh juga tuh
aku : eh, aku selalu bg idea macam tu,kan..
mereka : kahkahkah
mama : kau boleh bagi idea yg enjoy2 macam tu,la..kira ok la..



Monday, April 11, 2005
bilik baru
angkut barang turun dari bilik di aras 2
angkut barang naik ke bilik di aras 3
angkut turun
angkut naik
macam angkut-angkut pulak
macam dah x de keje je nak buat
tp nak buat macamana? adat org merantau
adat menumpang di bumi orang
adat duk jauh dr mak ayah
mungkin dalam sebulan dua lagi, angkut pulak barang2 turun
er..kali ni entah ke mana


bilik baru, x semewah bilik lama
bilik baru, semuanya sumbat dalam satu bilik
di situ tempat makan, tidur, solat, melahu, kerja dan sebagainya
mengimbau kenangan dulu2..
satu bilik, duk 4 orang
wah..macam tin sardin je
releks..releks...
kitakan dah biasa duduk berhimpit2an sejak dari dulu lagi



Saturday, April 09, 2005
dua hari...
monteng keje
jalan2 tengah panas
tanya itu tanya ini
ada yang respon baaaaaikkk punye
ada yang belum cakap apa2 lagi sudah kata tak senang
aiyyooo.. apek..
wa bukan mau kasi tutup sama lu punya kedai
wa cuma mau sembang2 sama lu


dua hari
jalan2 naik merc hitam
lagak macam super duper VIP
kehkehkeh..


dua hari
makan mewah, free of charge
erk..kenyang..
tapi penat tak leh citer lah.
argh..akankah ada banyak2 hari lagi selepas kejadian 2 hari itu??
janji poket penuh



Saturday, April 02, 2005
semoga senyuman ini kan terus mewarnai hati kita