Veer – Zaara.
Nak komen, tak nak..nak komen..tak nak. Komen..tak nak.Ah..komen ajelah
Malam sambutan tahun baru cina. Aku pasang Cd syam bertajuk VEER ZAARA. Aku pinjam, yer syam. Aku pasang kat pc aku. Dan ajak anor dan has tengok sama.
Sewaktu menyaksikan Veer Zaara, banyak sungguh halangan2 yang terpaksa ditempuhi oleh aku dan sekelian rumets. Sedang asyik, feeling menonton flipback..ops..flashback, tiba2 terdengar bunyi letupan2 di luar bilik. Maka, aku pause kan sekejap movie yang sedang ditonton, lalu bertenggek di tingkap menyaksikan pesta bunga api.
Aku nak komen sikit, pasal pertemuan Veer dengan mak Zaara. Mak Zaara merayu pada Veer supaya jangan larikan Zaara. Mak Zaara tak nak nanti dia jadi balu, sebab ayah Zaara dah terkena serangan jantung untuk kali pertama waktu Veer datang ke rumah Zaara pada saat2 dia hampir dinikahkan dengan tunangnye. So, kalo boleh, janganlah bawak Zaara lari. Mak Zaara kata :
Mak Zaara : Kau kan penyelamat nyawa orang. Kali ini, aku merayu kau selamatkan lah nyawa ayah Zaara. [
Lebih kurang macam itulah bunyinya.]
Veer tak sampai hati melihat mak cik tu menangis. Lalu dia duduk melutut depan makcik tersebut, dan bercakap2. kata2nya begitu menambat hati mak Zaara. Mungkinlah, pada saat tu mak Zaara sedar, betapa istimewanya veer. Ruginyer lah tak dapat dibuekmenantu.
Mak Zaara : mungkinkah semua lelaki di Hindustan seperti awak?
Veer : saya tak tahu. Tapi, yang pasti, semua ibu di Hindustan sepeti awak.
Lalu, veer pun kesatkan airmata mak Zaara yang meleleh sejak tadi.
Veer : saya akan cakap dengan Zaara.
Veer kata, dia akan berjumpa Zaara, untuk memujuk Zaara supaya menyelamatkan nyawa ayahnya, maruah keluarga dan nama baik dirinya sendiri. Zaara mesti kawin dengan tunangnya. Dan Veer, akan balik ke Hindustan. Tapinya, sepatutnya Veer cakap macam ni pada mak Zaara.
Saya akan cakap, peluk dan cium pipi zaara.
Masa adegan ni, sekelian rumets bertenggek di tingkap untuk menyaksikan pesta bunga api.
Veer nak balik Hindustan. Mak Zaara yang dah mula terpaut hati pada Veer telah menghantarnya. Sebelum berpisah, mak Zaara cakap..
Saya akan doakan, satu hari nanti zaara akan jadi milik awak juga [
lebih kurang camni,lah ayat dia]
DOA seorang ibu, ni
Veer ditangkap oleh pak polisi Pakistan ketika sedang termenung dalam bas untuk balik ke Hindustan. Bayangkan,lah..dah ler susah hati. Kekasih nak kawin ngan orang lain, tiba2 kena tangkap dan dituduh pengintip pulak.
Oh, seperti biasa, adegan polis jahat dan fitnah ke atas orang yang tak bersalah telah menjadi halangan bagi hero untuk meneruskan hidupnya dengan aman dan bahagia. Rupa2nya, tunang Zaara yang tak puas hati telah memerangkap Veer, entah bila masa dia letakkan passport milik Rajesh [pengintip Hindustan, pengkhianat Pakistan] dalam beg Veer sehingga Veer telah ditangkap. Biasalah..orang jahat, ideanya biasa di luar jangkaan akal dan fikiran.
Demi menyelamatkan nama dan maruah Zaara sekeluarga, Veer terpaksa mengaku bahawa dia adalah Rajesh. Manakala, dalam dunia luar, bas yang dinaiki Veer sebelum itu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mungkin sabotaj, lah kut. Yang sedihnya, nama Veer tersenarai dalam senarai mangsa yang terkorban. Maka, semua orang sangka Veer terkorban dalam kemalangan jalan raya itu.
22 tahun kemudian, datanglah seorang peguam muda yang berhasrat untuk membuktikan kebenaran Veer. Warden penjara kata, dah 10 tahun dia [Veer] tak bercakap dengan sesiapa. Tapi, bila rani mukherje panggil Veer dengan nama Veer Pratap Singh, Veer pun tergerak hati untuk bersuara. Sekaligus membongkar kisah hidupnya.
Moral : lenkali, panggil orang dengan nama betul.
Demi membuktikan kebenaran Veer, Rani telah ke Hindustan untuk menjejaki waris/keluarga Veer. Tapi, mak bapak angkat Veer sudah lama meninggal dunia. Ala, biasalah..dah 22 tahun. Tapi, tak disangka2..rupanya beliau telah menemui Zaara dan pembantunya. Selama 22 tahun, Zaara telah mengorbankan masa depannya demi melaksanakan impian Veer. [semua orang ingat veer dah mati]. Mungkin Zaara telah lari ke Hindustan bila dapat tahu Veer terlibat dalam kemalangan. Cinta punya pasal, biarlah bapak mati ke, keluarga menanggung malu ke, nama baik tercemar ke.[
baca dengan nada perli] Belakang kira. Demi membuktikan cinta sejati, Zaara tinggalkan keluarganya untuk tinggal bersama keluarga Veer.
Apalagi, bila dapat tahu Veer masih hidup, maka bercucuranlah airmata dari kelopak mata Zaara yang dah berkedut2 tuh. Rani pun bawaklah Zaara balik Pakistan demi memperjuangkan kebenaran Veer.
Detik2 pertemuan semula veer dan zaara setelah 22 tahun terpisah. Isk..tak logic betul. Ada ke mahkamah boleh lepaskan seorang pengintip dan pengkhianat negara sewenang2nya tanpa pengawalan pak pulisi. Siap boleh beri peluang kepada kekasih yang 22 tahun terpisah itu melepaskan rindu masing2. erm..tk tahulah kalau kat sana betul2 wujud kes macam tuh. Ye,lah kan. Veer ditangkap bukan sebab mengedar dadah, merompak . tapi, sebab kesalahan jenayah antarabangsa. Pengintip tuh..
Baru jek nak feeling, nak rasa sedih, tiba2 veer nak kalungkan gelang kaki kat kaki zaara. Maka, terserlah kaki nenek tu yang maintain cam orang muda.
Aku : wuiyo..muka dah berkedut, tapi kaki tegang siot..awet muda nenek nih.
Maka, setelah 22 tahun, maka termakbullah doa seorang ibu. Zaara akan jadi milik veer. Itulah kisahnya serba sedikit yang dapat aku ceritakan disini. Maklum,lah..aku bukannya reti snagat nak mengulas filem ni. Maka, aku guna ideology dan pemikiran sendiri.
Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.