jam 9.00 pagi
--kelas--
en. lect : pada saya, PSM, kalau sistem berfungsi 68% dah boleh lepas dah. report pulak, boleh campak aje ke tepi. susah sebenarnya nak handle dua perkara dalam masa yang sama. sistem dengan report. ada sesetengah lecturer yang strict pada report. tapi pada saya, sistem yang paling penting. problem dalam pembangunan sistem tu, samalah macam exception dalam java. kita dah belajar,kan tentang exception handling. so, awak fikirlah macamana nak throw problem tu..nak campak ke mana.[saya tahu,lah awak pening..sebab saya penah jadi student juga]
bisik-bisik
tom : en. lect ni baik, kan. kan bagus kalau dia jadi penyelaras psm
aku : erm..memang baik. dulu, masa interview untuk psm 1, aku kena teruk ngan lect lain..sampaikan aku tak boleh berkata apa2.. diorang nak failkan aku untuk interview tu. tapi, en ni yang selamatkan aku. masa interview kali kedua, aku lulus cemerlang.
jam 11.00 pg.
en.nad : dah berapa kali datang cari saya tadi?
aku : adalah dua tiga kali. encik nak tengok ke projek saya? saya dah setting kat lab atas.
en.nad : dah sampai tahap mana awak buat?
aku : [sengih] bahagian main sistem belum dapat buat. bahagian admin dah siap.
en.nad : kalau admin, saya tak nak tengok. simple je. nanti next week, takkan nak demo yang tu je kat saya.
aku : insyaAllah saya berusaha siapkan. saya nak grad sem ni jugak. en, semalam saya pegi PSZ, tapi pegi jalan2 je. ramai staff kat situ, saya tak tahu nak buat apa.
en. nad : lah..saya suruh awak pegi kumpul maklumat. bukannya jalan2. saya pun baru balik dari PSZ ni. kena denda RM400. lewat pulang buku
aku : lah encik ni, dah ada hari pengampunan, nak jugak pegi hari lain. melepaskan peluang
je.
hari pengampunan = rujuk email di bawah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena
Sambutan 100 Tahun UTM dan
Pelancaran Perpustakaan Digital PSZ pada 26 Januari 2005 ini, saya ingin menjemput semua staf CEPP berkunjung ke PSZ pada hari tersebut kerana beberapa aktiviti serta cenderahati menarik disediakan untuk pengunjung Perpustakaan.
Di antara aktiviti yang akan dilangsungkan adalah seperti berikut:
1) Mengenali Komponen Perpustakaan Digital PSZ
2) Pameran Perpustakaan Digital PSZ
3) Demonstrasi Portal Baru PSZ
4)'Amnesty Day’-
Pemulangan buku lewat tanpa diDENDA.
Anda dikehendaki hadir ke PSZ pada hari tersebut bersama buku lewat dan denda akan dihapuskan.Bagi yang mempunyai denda tertunggak juga dijemput ke PSZ dan kami memberi keistimewaan dimana denda tersebut turut dihapuskan sama sekali.
Oleh itu, rebutlah keistimewaan ini kerana ianya TERHAD pada 26 Januari2005 sahaja.