Thursday, May 26, 2005

: dah pegi KL tak reti2 nak belikan ole2?
: mana ada duit. abis buat tambang train dengan makan je
: kite bukan mintak yang mahal2. sebagai tanda ingatan je
: tak nak.

isnin..selasa..rabu..
kenapa tak leh call? mesej pun failed. merajuk ke? entah2 dia kecik ati aku tak belikan ole2. manja betul. menyampah.

: ada call ke?
: ada..kenapa tak dapat call? merajuk ke?
: eh..ingat apa nak merajuk? henset ilangla
: ye ke? ingatkan merajuk, org x belikan ole2.. kehkehkeh..
: tarik balik kata2 awak tu tadi. tak main la merajuk2..tak angkat tepon. henset ilang
: asyik ilang je.
:(



Mereka ni, kawan baik. suka dan duka ditempuhi bersama sepanjang 5 tahun ni. mereka ni, sejak dua menjak ni makin jarang berjumpa. maklumla, ada yang dah bekerja. ada jugak yang baru habis belajar.dah berpisahla kata orang.

baru-baru ni, mereka berkumpul semula. sekarang ni, masing-masing dah pandai bergaya. bawa beg kepit, kasut tumit tinggi. maklumlah..dah melangkah ke alam kerjaya. tapi satu je yang tak pernah berubah..

mereka pantang nampak kamera..


mujurla tak ada yang tercampak dalam tasik


ni kalau tergolek, bangun sendiri


ada 9 orang semuanya, termasuk camerawoman



huish..ni kes tak perasan orang amik gambar



tak tau la aku nak komen apa



tengah panas terik pon tak pe..janji bergambar




semua pun tak nak mengalah

leganya...akhirnya dapat masuk muka..:P




Thursday, May 12, 2005
pagi petang siang malam mengadap photoshop...
inilah jadinye

jiwa resah



Wednesday, May 11, 2005




Tuesday, May 10, 2005







Tuesday, May 03, 2005
senyum 44 hari


pakcik ayub : nak jadi macam pakcik tak
kami : ??
pakcik ayub : senyum 44 hari
kami : [oh, senang je]
pakcik ayub : jangan marah orang, jangan ...itu ini
kami : [insyaAllah boleh]
pakcik ayub : jangan mengumpat, jangan mengata, sakitkan hati orang
kami : [erk...susahnya]
pakcik ayub : tengok kereta tu, nak masuk kiri x bagi signal. ni hati tak bersih. kalau hati bersih, insyaAllah..apa yang kita hajatkan kita dapat
kami : [bestnye]


makan-makan
: isk..tengok tu, pakai tudung, pakai baju labuh sampai tumit. tapi ketat nak mampus..
: erm...
: kenapa?
: baru first day dah kantoi. macamana nak cukupkan 44 hari?
: ha ah... terlupa.