Thursday, February 02, 2006

KRONIZ 1ST GHATERING

28 Jan 2006


Long Journey

First time naik train dr KL ke JB. Nervous pun ada jugak, lebih2 lagi kami booking tiket kelas super duper ekonomi. Kehkehkeh..ekonomi pon, harga tiket naik sempena tahun baru cina. Kerusi keras. Kebanyakkannya tak boleh dilaras. Sakit pinggang aku dr KL ke JB. Sejuk air cond ( Oken kata seseorang) menusuk2 ke tulang sumsum. Dua lapis kain batik jadi selimut aku. Jam 5.45 pagi sampai juga ke JB. Yang nyata, aku serik naik train. Tp, sempena ghatering ini aku rasa amat bertuah sebab tiket train masih ada. Tuhan telah permudahkan urusan kami. Alhamdulillah.

29 Jan 2006

First Day Ghatering


Rusa yang dinanti masih belum tiba. Perut terasa kian berkeroncong. Rasanya, perut mama dah main lagu dangdut. Sebab, sebelum naik train mama Cuma minum the tarik. 7.30 pagi barulah bapak rusa kaler maroon tiba. Syam menyambut kami di tepi jalan. Kehkehkeh…lambat pon x pe, janji sampai.


Perjalanan diteruskan ke destinasi. Setengah jam pertama, suasana dalam rusa memang hiruk pikuk. Maklumlah..lama x jumpa. Macam2 perkara nak diKONGSI bersama. Ingat tu kawan…perkara yang nak diKONGSI bersama. Selepas setengah jam, suasana sunyi sepi. Penumpang2 mula dibuai mimpi.


Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami sampai jugak kat depan rumah makcik nora. Nora menyambut ketibaan kami dengan senyum bersimpul2. selesai punggah barang2 yang diamanahkan kepada nora, kami bergegas-gegas ke Air Papan.




Suasana di Air Papan crowded. Nak cr parking utk rusa pun susah. Di atas kecekapan mak rusa nani (eiyza) akhirnya kami berjaya jugak. Selesai melantak nasi lemak kami berjalan2 menyusuri pantai. Sambil berjalan2, kami terserempak dengan makcik-makcik angsa. Kami tidak melepaskan peluang utk bergambar kenangan dengan mereka. Ternyata mereka cukup sporting.

Lebih kurang jam 12 kami tinggalkan Air Papan utk ke destinasi seterusnya, iaitu Tanjung Resang. Ketibaan kami sememangnya dinanti oleh kakak chalet. (maklumlah…org nak bagi dia duit). Anur selaku AJK aktiviti menjalankan undian utk menentukan penghuni bilik2 misteri RAWA 1 dan RAWA 2. setelah undian dibuat, kami berpecah masuk ke bilik masing2. memandangkan aku sebilik dengan Puan Pengarah, beliau telah menggunakan kuasa vetonya untuk menjadikan bilik aku (RAWA 1) sebagai bilik dapur.


Rawa 1 : Eiyza, Zila, Syam, Aien
Rawa 2 : Nora, Mama, Anor


Meniti Persisiran


Aku kurang pasti bila aktiviti ini dimulakan. Yang pasti, lebih kurang jam 2.30 ptg. Tetapi ketika itu, kami masih bermalas malasan di atas katil. Mungkin dalam jam 3.00 petang br kami melenggang ke pantai.



Aktiviti 1 : Mencari Barang Berharga
Aktiviti ini dikendalikan oleh Ziela. Kami dikehendaki mengutip barang2 berharga yang kami temui di sepanjang pantai. Sayangnya, pantai di Tanjung Resang tidak begitu banyak barang berharga melainkan plastik2 sampah. Akan tetapi, kami berjaya juga menemui cengkerang2 putih dan juga belangkas yg masih bernyawa nyawa belangkas.





Aktiviti 2 : Biar Ombak Menghantarku ke Pantai


Aktiviti ini dikendalikan oleh…erm..aku kurang pasti.Yang pasti, kami semua asyik bermain ombak. Aktiviti yang sungguh menyeronokkan. Dan kami kebasahan..

- gambar tidak dapat dirakamkan -


Aktiviti 3 : Persiapan BBQ


Semua peserta Kroniz 1ST Ghatering dikehendaki membersihkan diri dan bersiap2 utk menyediakan BBQ sesudah Maghrib. Akan tetapi, kebanyakan peserta bersiap2 utk berdengkur di katil. Hampeh sungguh. Tahniah buat mama, eiyza, syam dan….sapa2 yg terus menyiapkan kelengkapan BBQ dan mencari kayu api. Ini adalah kerana aku tidak menyertai aktiviti itu. Aku lena dibuai mimpi.


Aktiviti 4 : BBQ

Semua peserta gathering berkumpul di luar chalet. Menu istimewa pada malam ini ialah ayam bbq, udang bbq, sotong bbq dan macam2 lagi. Murah betul rezeki kami pada malam itu. Erk..alhamdulillah




Aktiviti 5 : Ungun Api

Mama mengendalikan aktiviti ini, dibantu oleh peserta2 lain. Banyak kayu yang dikumpulkan petang tadi dilarikan ombak. Maka, kami terpaksa mencari kayu2 lain sebagai ganti. Kami mencari di dalam kegelapan. Alhamdulillah..banyak kayu yg berjaya kami kumpulkan semula. Dari sebesar ibu jari kaki sampailah sebesar batang kelapa. Tahniah2… setiap masalah pasti ada penyelesaian. Berbantukan minyak tanah yg dibeli oleh anor di kedai sebelah umah makcik nora, maka kami berjaya menghidupkan ungun api yg besar.


Aktiviti 6 : Malam Seribu Kenangan




Aktiviti ini sepatutnya di kendalikan oleh Zura. Tetapi, atas sebab2 tertentu beliau tidak dapat menghadiri gathering ini. Maka, anor telah meneruskan juga aktiviti ini memandangkan belian adalah AJK aktiviti. Kami dibekalkan sekeping kertas (yg x cukup bg aku). Kami dikehendaki meluahkan segala isi hati yg terpendam. Sakit hati atau apa2 saja yg kami rasa sepanjang wujudnya Kroni dan juga sepanjang perancangan utk melaksanakan ghatering ini. Semua kertas dikumpulkan kembali dan diedarkan pada semua kroni. Kami berpeluang membaca luahan hati setiap peserta gathering ini. Aktiviti ini kelihatan sungguh simbolik dan buat kami semua rasa terharu.


Aktiviti 7 : Bulan Bintang


Berbantalkan sebatang buluh, kami merenung bintang di langit. Aktiviti ini tidak boleh diulas panjang kerana kami Cuma diam dan merenung langit. Aku x tau apa yg mereka fikirkan. Sebab aku pun…tertidur agaknya.


Aktiviti 8 : Selamat Hari Jadi dan Selamat Malam

Kami pulang ke chalet dan memotong kek harijadi yg ditaja khas oleh makcik Jamilah. Hari jadi ain, zila, mama, nora. Kami tidur awal supaya esok dapat kami hadapi dengan lebih ceria.
Aktiviti 9 : Selamat Pagi Malaysia


Peserta bangun agak lewat. Tapi, kami masih dapat cover kelewatan tersebut. Sambil breakfast, kami sembang2 pagi macam selalu. Kami breakfast sampai perut kembung kerana tuntutan xtvt berikutnya.


Aktiviti 10 : Boling Pantai


Macam2 permainan yg dicadangkan sepanjang perjalanan ke pantai. Antaranya ialah galah panjang, teng teng jogging, senamrobik. Akan tetapi, kami memilih permainan boling pantai setelah ternampak buah kelapa dan botol2 kosong yg bersepah2 di tepi pantai.
Peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan mama dan kumpulan aien.


Mama : mama, eiyza, zila
Aien : aien, nora, anor
Runner : syam


Syam telah menjadi runner kerana semua peserta ingin menyertai permainan. Maka, syam terpaksa bermain tuk 2 kumpulan.
Kami bermain dengan amat riang dan gembira. Tiada apa yg dapat mendukacitakan kami ketika ini. Keputusan permainan…kumpulan aien telah dikalahkan oleh kumpulan mama. Aien agak sedih dan malu, tapi aien tetap rasa hepi. Kehkehkeh.


Aktiviti 11 : Lukisan Pantai


Aktiviti ini tiada dalam perancangan awal. Tetapi, semua peserta setuju utk bergambar dengan lukisan pantai masing…


Aktiviti 12 : Biar Ombak Menghantarku ke Pantai 2


Aktiviti ini seperti biasa, peserta dikehendaki bermain ombak dan memastikan masih2 kebasahan secukupnya


Aktiviti 13 : Mahligai Takeshi


Peserta bersetuju membina sebuah mahligai takeshi. Maka, kami berhempas pulas mencari kawasan yg sesuai dan mencari pasir yg sesuai untuk membina istana bahagia. Aktiviti sangat menyeronokkan hingga kami x perasan mahligai yg kami bina menyerupai kubur cina. Semangat tahun baru cina.


Aktiviti 14 : Selamat Tinggal Tanjung Resang


Kami bergegas2 membersihkan diri. Kami dikehendaki mengosongkan bilik sebelum jam 12. tapi, memandangkan banyak perkara yg perlu dilakukan, maka kami keluar dr bilik jam 12.30. kami bertolak ke Teluk Gorek


Aktivti 15 : Mission Impossible


Aktiviti ini lebih kepada post mortem. Semua peserta amat berpuas hati dan enjoy dengan program tahunan utk kali pertama ini. Bendahari membentangkan lebihan belanjawan. Kami masih ada banyak duit utk makan besar dan dapatkan cenderahati.


Sebelum meninggalkan Teluk Gorek, kami membuat undian ajk pelaksana utk gathering yg akan datang


Pengarah : Has
Timbalan Pengarah : Anor
Setiausaha : Zura
Bendahari : Nora
Xtvt : Aien
Multimedia : Zila
Tugas-tugas khas, Keselamatan, Teknikal : Syam
Makanan : Eiyza
Runner : Mama


Kami bertolak ke Bandar mersing. Selesai makan, kami mencari tshirt sebagai cenderahati utk ghatering kali ini. Alhamdulillah, walaupun bajet kecil, tapi kami masih mampu dapatkan cenderahati yg agak esklusif utk gathering ini.


Aktiviti 16 : 1,2,3.. Action Kame


Kami berkumpul di pantai berhampiran rumah makcik nora. Kami mengenakan tshirt gathering buat kali pertama. Terdapat 2 jenis tshirt , tshirt bulat dan tshirt senget. Kahkahkah…