Wednesday, April 20, 2005
putus cinta, putus tunang, putus kasih, putus tali


saya putus cinta sebab ::::


: dia marah saya tak makan gulai tempoyak yang emak dia masak [anak emak betul,la]
: dia nak saya bawa Honda, tapi saya cuma ada Kancil [materialistik]
: dia kata rambut saya kerinting, belah tengah pulak tu. macam tanduk sapi. sampai ati kau Fatin!! [memandang paras rupa la ni]
: dia kata saya lembab, kalau dia merajuk saya lambat pujuk. tapi, beberapa bulan lepas tu dia kawin ngan orang lain [maknanya dah ada org lain, saja bagi alasan]
: dia tinggalkan saya sebab muka saya naik jerawat 3 biji [ampehla..aku jerawat bersepah..]
: alamak...aku lupa,lah..nanti aku tanya has dan mama.. nanti aku sambung.


di atas adalah antara reply pendengar era. pagi tadi, ada topik sebab2 putus cinta yang pelik2. memang pelik dan tersangat pelik.


dulu-dulu...
aku : kita tak serasi. lebih baik la awak cari orang lain.
dia : apa yang tak serasinya?
aku : saya suka makan mempelam, tapi awak kata masam. mana best makan sorang2.
dia : [sanggup panjat dan amik buah mempelam. siap jatuh macam nangka busuk. bukan nak bg aku makan, tp kerana nak menyemai minat sukakan mempelam ]
aku : awak suka makan me, tapi saya tak suka. saya suka nasi lemak, tp awak kata tak suka, x boleh nak telan pun. takkan nanti nak masak 2 menu untuk breakfast.
dia : [order nasi lemak tiap kali breakfast]
aku : awak ni, pedas sikit pun x boleh. nanti kalau masak, semua kene asingkan yang pedas dengan yang tak pedas
dia : [kunyah cili untuk biasakan diri makan pedas. gila,lah..]
aku : saya suka makan sayur, tp awak tak suka. macamana nak serasi? satu apa pun x sama.
dia : [beli banyak sayur dan suruh mak dia masak tiap hari]


kejamnyerr..
hehe, tapi rasanya, tak la kejam sangat.
peristiwa tu berlaku lebih kurang sebulan lepas perkenalan.
kira cam, saja jual mahal,lah..
ingat senang ke nak menawan hati aku?
kehkehkeh..
malunyerrr