Sunday, March 27, 2005

Ramadhan, November 2004 : POHON PELITA


5 tahun dulu, semuanya indah-indah belaka. Tak pernah terfikir hari ini akan terjadi.
5 tahun dulu, hanya memikirkan kenangan dan cerita yang bisa membuat diri tertawa. Kerana 5 tahun dulu, masing2 masih tak punya sesiapa. Kami hanya bersembilan orang, aien, has, anor, aziah, iza, zila, syam, zura dan nora. Kemana-mana pun pergi, selagi tak cukup sembilan kepala selagi itulah kaki takkan melangkah.


5 tahun dulu, tidur pun selagi muat bilik bernombor 306 di teratak sedundun itu, selagi itulah kami menyempit beramai2 di situ. Makan pun, selagi tak cukup satu kroni, maka tak adalah yang baca doa makan lagi. Ada yang sanggup makan bawah meja. Maklum,lah bilik tak sebesar mana. Kadang2, tuan bilik terpaksa tidur di lantai, demi memberi ruang selesa pada sahabat2 yang lain di atas katil [kan iza,kan]


indahnya detik 5 tahun dulu untuk dikenang. Kalaulah masa boleh diputar kembali, tak hingin aku kembali ke detik 5 tahun dulu [ingat senang ke melalui detik2 selama 5 tahun ni. Susah wooo]. Cukuplah kenangan indah itu untuk terpahat di hati. Tak perlulah diulang2 lagi, kelak terpaksa hadapi juga hari ini.


Dalam 5 tahun ini, macam2 yang terjadi. Suka dan duka, ada yang menjadi pengukuh persabatan ini namun, ada juga yang menjarakkan persahabatan ini. KENAPA INI TERJADI.


EGO, PENTINGKAN DIRI, TAK PERNAH FIKIRKAN PERASAAN KAWAN2, TAK RETI MENGHARGAI KAWAN [CUMA RETI HARGAI KAWAN2 LELAKI JE], KEDEKUT DUIT UNTUK BALAS MESEJ KAWAN PEREMPUAN, DAH ADA ORANG LAIN YANG JAUH LEBIH BAIK DARI KAWAN2 NI..

......................
entry seterusnya ditutup di sini. cuma kroni yang dibenarkan baca. kroni, sila contact nurein untuk entry penuh
...........................


Isk aku dah mula mengarut dah mengarut. Rasanya kene tamatkan dulu cerpen yang menyayat hati ni.


Kepada siapa2 yang terluka, terkecil hati, yang melukakan, yang mengecilkan hati, kita BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.


Satu masa dulu kita dah metrai janji, BERSAHABAT SAMPAI MATI. Belum apa2 lagi dah jadi macam ni. Ingat sikit, janji2 yang kita pernah buat dulu. Dahlah saling melukakan, senang2 je nak melupakan janji.


Apa yang berlaku tu, jadikanlah iktibar. Jangan ulang lagi, jangan keruhkan keadaan. Tak ada sesiapapun yang menryisihkan sesiapa. Semuanya berlaku diluar sedar. Kerana KEBODOHAN masing2. maaf,lah guna bahasa kasar. Takut kang, kalau berlembut sangat tak ada yang sedar [termasuklah yang mengarang cerpen hampeh ni]


Kalau boleh 17 april ni kita bersembilan dapat berkumpul semula. Janganlah dikenang kenangan yang pahit, kenang yang INDAH2 sudahlah.


Ingat tak pada pohon pelita yang kita buat dulu? Harap2nya POHON PELITA tu sentiasa menerangi hati kita yang MALAP ni. Harapnya, dapat kita berkumpul 17 april ni, buat BBQ macam selalu2 kita buat. No excuse. Jangan mengada2 nak bagi alasan x nak datang sebab kecik hati, atau sebab x tahu nak berhadapan dengan kawan2. kalau ada yang buat macam tu, rela aku pegi cari dan tampar sorang2. kalo aku buat, korang tamparlah aku [tapi jangan kuat sangat..]


OKLAh..aku rasa cukuplah sampai di siniAku harap pada hari tu, 17 april aku dapat jumpa has, mama, anor, iza, zila, zura, syam dan nora. Aku tak nak ada terkurang sorang pun. Tolonglah datang, atas nama PERSAHABATAN….