kesilapan jadi sempadan, bukan panduan meneruskan kehidupan
siapapun pernah buat silap. tidak ada seorang manusia pun yang lepas dari melakukan kesilapan. bersembang lepas lunch dengan has dan mama menyedarkan aku, betapa besarnya kesilapan pernah aku lakukan hingga mereka boleh kata, "sem lepas minah ni banyak buat hal, dengan banyak assignmentnye, dengan macam2 masalah lagi. hish, melampau betul". huh, aku akui semua tu. dan sem ni, kehidupan aku makin waras dan matang. kehkehkeh..boleh percaya ke?
macam2 jenis kesilapan. kadang kala, kita tahu kita silap. tapi masih melakukannya juga dengan tegar. beberapa minggu lalu, aku terbaca satu berita di akhbar online. wanita pengsan 3 kali kerana disaman. hish, sampai boleh pengsan, lemah ketahanan mental betul. tapi, bila aku melalui sendiri pengalaman itu, maka aku faham kedudukan wanita itu. tapi, aku tak boleh pengsan sebab aku bawak motor, bukan kereta.
perasaan aku begitu sedih setelah disaman pak guard UTM. rasa nak menangis pun ada, tapi aku tabahkah jiwa dan ragaku. aku tak boleh nangis sambil bawa motor. hehe..cuma berlinang ajelah. aku kena saman..wa!!! mak, nak balik..sobsobsob.
broommmm....tapi aku bawak jugak motor yang tak ada sticker UTM. itulah, penyilap tegar.
tadi aku bayar saman, jauh aku parking motor. takut pak guard nampak. langsai RM10. mujurlah sepuluh je, kalo betul RM25, abis duit aku. nak cover tesis lagi. itupun, duit tu ada orang yang kasi.
baru2 ni, has mintak duit kat abang dia. bestnye boleh mintak2, msg2 dan dapat duit. tapi abang2 aku, erm...kirim salam pada bayu ajelah. aku paham kedudukan mereka, susah senang mereka. tapi x tau lah samada mereka paham akan susah dan senang aku di sini.alhamdulillah, mujurlah ada abang orang yang sanggup bagi perhatian pada aku lebih pada adik2nya sendiri dan lebih dari apa yang abang2 aku bagi pada aku. mungkin bunyinya semacam pelik dan tak adil. tapi aku sangat2 bersyukur, sekurang2nya ada juga yang sudi menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan. dan disaat aku dah tak sanggup menambah hutang keliling pinggang.