Thursday, February 03, 2005
Tempat : lab KPU1
Masa : 9.00 am



Cik nurein mengirim email :


Assalammualaikum, en bos.
Pagi ni saya masuk keje lewat, mungkin lepas rehat nanti
Sebab saya buat majlis pertunangan. [demo projek kat penyelia]


Sekian, terima kasih


En. Bos membalas email



En. Bos : ok, terima kasih


Tempat : lab PSM2 kpu6
Masa : 11.30 pg



En. Nad : apa bendanya yang nak didemokan ni?
Aku : erm..modul admin. [sengih sambil melari2kan mouse di skrin monitor]
En. Nad : oh, admin. Main modul macamana? Apa cerita?
Aku : erm. Setakat ni, tak dapat buat lagi.
[aku pon demolah apa yang ada]
En. Nad : isk..ni banyak lagi yang tak dapat buat ni. Jangan strict sangat pada stemming tu, kalau tak dapat buat lagi, skip dulu. Buat modul classification.
Aku : tapi, benda tu berkait. Kalau stem tak boleh, user pun tak boleh nak buat classification.
En.Nad : isk..nanti tak sempat siap. Better, dalam masa yang sama buat modul2 lain. Testing. Lepas tu, nanti bila modul stemming dah dapat buat, Cuma tinggal nak gabungkan je.
Aku : oh…begitu


Selesai sudah majlis pertunangan. Nampaknya, bakal bapak mentua kurang berpuas hati dengan prestasi yang aku tunjukkan. Aku perlu perbaiki lagi kelemahan2 yang ada. Selepas ini, akan ada lagi majlis2 pertunangan buat aku. Tu ler..kalau aku ni manusia bijak pandai, pasti sekali jek lepas.


Aku tahu, bapak mentua bukan tak merestui aku berbahagia. Tapi, dia tak nak aku hadapi kesusahan ketika detik2 pernikahan nanti. Kalau boleh, biarlah sekali je seumur hidup. Kena ada cukup persediaan. Supaya, pada hari itu kalau aku menangis, biarlah kerana gembira, bukan kedukaan yang lara. Biarlah saksi dan para waris yang lain kata EXCELLENT .