soal hati..
siapa tahu apa ada dalam hati aku?
ntah..aku pun tak tahu.
yang aku tahu, yang aku dapat rasa..
hati ini terlalu kotor, terlalu menyimpan dendam dan rasa iri hati.
itulah jadinya, kalau terlalu menurutkan kata hati.
hati menurut kata hati..
what u give, u ll get back.
mungkin itu yang paling tepat untuk mendefinisikan apa yang selalu terbuku di hati aku.
kalau kau berikan aku secebis ingatan, kau akan dapat secebis ingatan dari aku, malah mungkin berbakul2..dan lebih dari itu.
kalau kau beri aku secebis perhatian, pengorbanan..nescaya kau akan dapat juga, apa yang pernah kau berikan pada aku.
kalau kau berikan aku kasih sayang, kalaupun aku tak dapat berikan kasih sayang yang sama, sekurang2 nya aku akan menghargai apa yang kau beri.
kalau kau berikan aku rasa kebencian, seperti juga di atas, kau akan dapat kebencian dari aku.
kalau ada sesuatu, yang aku sangat jaga hatinya. aku belai dirinya. tiba2, sampai masa ia melupakanku, menolak bahawa aku pernah wujud dalah hati dan dirinya satu ketika dulu, maka bermati2an aku akan cuba melupakannya.
kalau dah aku kata, aku tak nak amik peduli lagi. maafkan aku seandainya aku laksanakan jua, apa yang pernah aku kata.
erm..apalah yang aku karutkan petang2 ni. mengarut sungguh jiwa ini.
sebenarnya, aku nak minta maaf.pada insan2 yang pernah aku lukakan hati mereka, walau tercalar sedikitpun. aku hanyalah manusia biasa, menumpang di bumi Tuhan ini entah untuk sampai bila. maafkan aku, andai ada tersilap bicara, terkedekut harta, termakan jasa,..
sempena tahun baru Hijrah yang akan datang ini, marilah sama2 kita mensucikan jiwa yang lama alpa ini.
nak balik!! dah kul 6.00 petang