Friday, February 18, 2005
siapa lebih layak untuk jadi orang mereng???


aku : PSM, betulkan draff report, siapkan sistem, 28 feb-3mac present.
aku : assignment tic tac toe, dah submit tapi en lect kata x menepati spec. dia bagi aku masa sampai minggu ulangkaji untuk perbaiki [kalo aku sempat,lah].
aku : final project animasi. nak nangis aku tengok diam punya requirement. nak meraung, tapi aku pendamkan dulu. masa menyiapkannya sampai minggu ulangkaji.
aku : proposal assignment komunikasi. tak hantar2 lagi ni. nanti kene wat technical paper, then submit dalam minggu ulangkaji. ahh..gila ahh..
aku : kerja. menebalkan muka minta cuti, mintak escape gi fakulti . tapi, mujurlah en bos baik hati. [kalo x keje, x de la income aku. yuran pon x berbayor lagi. nak cover duit tesis lagi]


penatnya, tapi, layakkan aku gelarkan diri aku sebagai orang yang sibuk?
dalam kekalutan begini aku teringat :
ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara


aku sedang melatih diri menjadi orang yang sabar, tabah dan redha.
waktu aku kelapangan, pernahkan aku memikirkan bahawa hari ini akan datang dalam hidupku?
waktu aku gembira, pernahkah aku terfikir bahawa hari menangis akan datang dalam hidupku?


jika aku fikirkan betapa banyaknya tugas yg perlu aku tunaikan dalam masa yang singkat ini, maka itulah yang aku dapat.
tapi, jika aku fikirkan dugaan ini akan membawa aku mendaki tangga-tangga kejayaan, insyaAllah, kejayaan itulah yang akan aku dapat.


p/s : jangan sesekali anggap kitalah yang paling sibuk, yang paling banyak masalah, yang paling tertekan jiwa, kerana mungkin di luar sana..ada insan yang jauh lebih menderita daripada kita.