Wednesday, February 09, 2005
sepanjang awak hidup jauh di perantauan ni, pernah tak alami masalah?
masalah apa?
masalah..macam masalah kewangan.


erm..masalah kewangan? tipulah kalau aku kata selaku anak seorang peneroka kelapa sawit aku tak pernah hadapi masalah kewangan. aku pernah ada cuma sekeping duit syiling emas dalam poket untuk digunakan sehinggalah seminggu kemudian, abah kirimkan aku duit. aku pernah balik kampung dari kuantan [sekolah] dengan duit poket tak mencukupi 3 ringgit. sampai di bus stand temerloh, aku terpaksa biarkan bas pergi dengan lirik mata. aku tak mampu nak bayar tambang bas sebanyak RM3.60 ketika itu. maka, aku menunggu hingga lewat petang kalau2 ada penumpang lain yang sama perjalanan dengan aku.


pakcik teksi 1: adik, pakcik tak dapat masuk lah kampung awak. awak sorang je ni. tak balik modal nanti. tadi ada bas, kenapa awak tak naik?
aku : [diam, sambil mengertab bibir. mana aku nak pegi malam ni? aku tak de sedara mara kat bandar temerloh ni]
pakcik teksi 2 : tak pe,lah dik. pakcik nak balik rumah kat area sana. ingat tadi tak nak balik, tapi pakcik kesian kat adik. pakcik charge harga biasa je.
pakcik teksi 1 : isk. kau ni. janganlah.
pakcik teksi 2 : tak pe, aku pun ada anak perempuan lebih kurang sebaya dia. aku takut nanti, kejadian sama jadi kat anak2 aku.
sampai rumah, abah bayarkan tambang teksi. aku ucapkan banyak2 terima kasih pada pakcik teksi, merangkap bapak kawan aku iaitu Muhammad Helmi Abdullah. terima kasih kepada pakcik Abdullah.


tahun satu di universiti. aku tak pandai uruskan perbelanjaan. menjelang penghujung semester, wang saku makin susut. tapi, aku diamkan dulu dari pengetahuan abah. aku harap, aku dapat berjimat hingga tiba cuti semester. tapi, sebaik menjelang cuti, sebaik beli tiket untuk balik kampung, aku langsung tiada duit lagi untuk dibuat tambang bas ke Larkin. aku harap, dapat meminjam barang sepuluh dua dari kawan. tapi, mereka pun senasiblah dengan aku. masing2 sengkek, dan tak mampu memberi pinjam. seingat aku, bukan aku seorang. ada lagi seorang yang senasib, iaitu s***. bersama2 dia aku menelefon abah. [dia telefon abah dia, lah]. abah kata, dia tak dapat kirimkan duit untuk aku sebelum tarikh tiket yg dah aku ambil. aku menangis. tiba2 teringat pada kak teh. setelah susah payah menghubungi kak teh, akhirnya wang akaun aku bertambah sebanyak RM100. aku beri pinjam duit pada s***. masa tu, aku tak nak dia susah. walau duit aku tak banyak, biarlah sama2 merasa apa yang ada. masa tu, aku dan s*** baik sangat. [masa tu, lah. sekarang dah lain].


tiba satu semester, duit loan masuk lewat dua bulan. menghadapi keterlewatan itu, aku resah tak menentu mengenangkan perbelanjaan2 yang perlu. aku telefon abah. tapi, abah suruh aku tunggu seminggu lagi. sedih, aku call pulak kak teh. kak teh baru lepas operate, jadi dia kering waktu tu. sedih, aku call si dia. aku ingat, dapat mengadu masalah pada dia. tapi, bila bercakap dengan dia, aku x dapat cakap masalah aku. aku cuma menangis je. sedih, masa tu, aku harap keajaiabn akan berlaku. aku harap duit loan masuk keesokan harinya. kisah rajuk aku tersebar luas di kampung. kenapa aku tak nak cakap dengan sesiapa? kenapa kak teh call, abah call, aku tak angkat. aku tak sanggup sebenarnya nak ceritakan betapa aku kekeringan wang saku tika itu. tiba2, datang seorang kawan yang dibawah tajaan JPA [duit bebudak JPA dah masuk]. dia pinjamkan aku duit untuk dibuat belanja. dengan duit itu, aku bayar duit buku bernilai hampir seratus. terima kasih, Nora. jasamu tidak akan kulupa sampai bila2.


kenapa awak tak cakap masa tu awak tak de duit? awak tahu, satu kampung awak risaukan awak. kenapa awak tak angkat call, putuskan talian. awak buat semua orang risau. kenapa awak tak cakap? masa saya jumpa awak, saya nak bagi duit, kenapa awak tak ambil?
of courselah sebab aku malu. malu giles. kalau dia masukkan duit dalam envelop dan kata, tu surat. aku tak kisah. tapi, tak reti2 ke, ngan sifat gadis melayu terakhir macam aku? malu, tau tak. biarlah x makan pun janji tak payah menanggung malu.
lain kali, jangan buat lagi. sebelum ni awak tak pernah ceritakan apa2 pun pasal kehidupan awak kat sini. saya ingat awak senang kat sini.
untuk apalah aku ceritakan semuanya. ye dak..
2 tahun kenal awak, banyak lagi yang saya tak tahu pasal awak. awak ni, pendiam sangat. diam, je. kalau saya diam jugak, jawabnya macam orang bisu jumpa orang bisu
diam? hehe..awak tak tau lagi saya punya power bila bercakap. tapi, sekarang ni diamlah dulu.


setelah dua tahun usia perkenalan, aku masih tak mampu menumpang bahu dia. walau untuk menangis atau menjadikan platform melampiaskan segala masalah yang tersarang. memang banyak yang dia tak tahu tentang kehidupan aku, lebih2 lagi kisah duka. yang dia tahu, of course yang best2 je.


tak pe, nanti saya akan buat sesuatu untuk awak. awak tunggu ajelah
buat apa?
tunggu ajelah. saya tak nak awak susah. awak jauh di tempat orang. tak ada saudara mara, keluarga kat sini
saya ada kawan. kawan2 saya dah lebih dari keluarga dan saudara mara buat saya. ada kawan2 yang ada bila susah dan senang. awak jangan risau. saya dah 5 tahun kat sini. sepatutnya, awak cakap macam tu masa tahun pertama saya dulu. tapi, kita tak kenal lagi masa tu.


hari ini aku berjaya menahan air mata dari gugur lagi. wah.tabahnya aku.