Salah guna perkataan
Miss Yeo adalah seorang guru matematik yang tak lulus bahasa Melayu dalam SPM. Beliau telah mengambil kertas Julai, tetapi malangnya, berkali2 ambil baru lulus.
I
Miss Yeo : hidungkan hasil pendaraban blablabla….
Aisyah : hah?? Hidungkan?
Aku : kembangkan hidung, kempiskan hidung, dan hembus hingus dalam hidung. Kehkehkeh..
Aisyah : isk..janganlah main2. dia suruh kita buat apa sebenarnya?
Aku : dia suruh kita hitungkan pendaraban blablabla..
II
Miss Yeo : Tuliskan set huruf ajaib
Aku : huruf ajaib? Huruf apa tu?
Aisyah : blur…
Seisi kelas : [gigit pen]
Miss Yeo : aiya adik.. I suruh u tulis set huruf ajaib ma..i tak suruh u bermenung di sana. Bengang u
Aku : [cepat 2 tulis {set huruf ajaib} dalam buku matematik tingakat 4. aku tak nak kena cubit]
Miss Yeo : [capai kapur putih dan tulis pada papan hitam : {set huruf ABJAD}
Anor aka achik aka permata aka zaiyan aka..giler banyak nickname
Adalah seorang gadis melayu keturunan jawa dari palembang. Beliau telah lulus kertas bahasa melayu SPM 1999 dengan aggregat 1.
I
Situasi : makan-makan beramai2 satu kroni di sebuah kedai makan yang aku tak ingat di mana.
Anor : sapa nak? Time table..time table.
Kronis : round table, lah. Kahkahkah…[hilanglah kesopanan, kesusilaan dan keayuan gadis2 melayu ketika itu]
II
Situasi : makan2 di sebuah bilik.
Anor : lepas cuti raya haji, nanti cuti taipusem. Korang tak nak sambung cuti sampai taipusem ke?
Aku : aku sambut raya haji je. Aku tak sambut taipusem. Aku suka makan mempelem yang masem-masem.
Anor : hampeh..perli aku lah tu.
Aku : isk..masemnya kuah ni. Mungkin terlebih asem jawem.
{adoii…kena cubit]
sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi, aku tak berapa ingat. To be continue...