Sunday, February 06, 2005
Relaku pujuk..versi lelaki kepada wanita
Rela kau pujuk..versi wanita kepada lelaki.




RELA KAU PUJUK


Dikejar bayang-bayang resah
Bila hatiku masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintamu itu

Kau bukan lelaki yang tewas
Bisa menyembah walau kau ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Ku kan tetap kau miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintaku
Yang kau tunggu-tunggu
Biar jasadmu yang menanggung
Permainan dariku
Rela kau pujuk

Tidaklah ku salahkan dikau
Terus memburu menawan
cintaku
Dikau
percaya sedikit masa
Ku kecundang akhirnya

Usahlah ku bersedih
Dihadapanku dikau hadir
Memadam resah dan curiga dari hati
ku
Apakah kali ini
Bisa ku tolak dan berlari
Setelah dikau menanamkan
azimatmu




bisalah..perempuan kenelah jual mahal sikit…



Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintaku
Yang kau tunggu-tunggu
Biar jasadmu yang menanggung
Permainan dariku
Rela kau pujuk


dalam tempoh lapan bulan ini, hanya 3 jam masa berjumpa. kurang 5 jam masa bercakap di telefon.
tapi, selama 24 jam sehari setiap detik dan saat saling mengingati. saling setia pada janji. dan paling penting, saling percaya dan mendoakan.


mak kata..kami dingin. hubungan ini dingin.
tapi mak, anak mak yang satu ini terlalu sangat jual mahal. anak mak yang satu ini, egonya terlalu tinggi, terlalu ingin memartabatkan maruah dan harga diri.
anak mak ini hanya percayakan seorang lelaki. yang dia bagi harapan, lalu termeterailah janji antara dua hati.


kak zah, zaman bujangnya dulu bercinta jauh nun di utara tanah air. tapi, mak panggil dia balik, dengan alasan mak sakit. bila dia balik, mak tunangkan dan kahwinkan dia dengan pilihan mak.


kak teh, zaman bujangnya ramai kawan2 lelaki. ada juga kekasih hati. tapi, mak panggil dia balik dari selatan tanah air. lalu, ada rombongan meminang, mak terima dan terus mak buat kenduri.


kak leha, walau bukan dibesarkan oleh mak, terpaksa melupakan cita2 dan impian semata2 untuk melunaskan hajat keluarga angkatnya. kahwin dengan lelaki pilihan keluarga.


lihatlah..sejarah keluarga kita. kakak2 semuanya berkahwin dengan pilihan hati mak dan abah. manalah berani aku bercinta bagai nak rak.


dan, bila ada seseorang terjatuh suka pada aku, hanta Tuhan yang tahu betapa kalutnya, gelisahnya jiwa ketika itu. aku suka dia juga. tapi aku bimbang, kalau2 nanti mak nak kahwinkan aku dengan pilihannya juga. lalu, aku kenalkan dia terus pada mak, supaya dia jadi pilihan mak. hehe..pandainya aku.




kepada dia..maafkan saya di atas apa yang terjadi. saya harap awak mengerti, bahawa hati ini hanya ingin bercinta cuma sekali dalam hayat ini. dengan cinta itu, maka janji dimeterai, lalu terikatlah dua hati dengan ikatan yang suci.


pergh..jiwang2..aku buat entry ni, sebab aku kompiden giler..dia takkan baca punyalah. kalau dia tahu, manalah nak letak muka ni..