Thursday, February 03, 2005
musuh dalam selimut.


entahlah. kadang2 kita rasa semua yg ada dekat dengan kita adalah kawan, rakan, teman dan sahabat. kita boleh berkongsi segala, cawan, pinggan, baldi..malah juga bantal. kadang2 kita tolong dia basuhkan baju, stokin dan apa saja. kadang2, kita angkat dan lipatkan baju2 dia. kita juga berkongsi mimpi. mimpi yang indah, mereka tumpang gembira. mimpi yang sedih, mereka tumpang berduka. mimpi ngeri, mereka tumpang rasa seram giler


tapi, kita tak tahu siapa yang ada dekat dengan kita bila kita sudah lena, tidak sedar dan sebagainya. mungkin dia ada duduk dekat dengan kita, dia tidur atau berjaga menghadap komputer. tapi, bila dia terlena di atas meja, atau di bawah meja, atau di mana-mana .. mungkin dia juga tidak sedar, ada musuh yang datang menjengah.


tidur malamku tak lena, akibat perbuata durjana sang musuh. sanggup kau datang menyerang di saat aku sangat memerlukan masa untuk berehat? kau datang secara yang tak terduga. kau blackout kan satu blok, kemudian..kau datang senyap2 menyelinap dalam kamar. dan kau mula mencari mangsa2 yang terpukau. yang tak terpukau, paling terasa tak tenteram. kerana perlu menampar pipi sendiri tiap kali terasa kau datang.


musuh dalam selimut = nyamuk.