Monday, February 21, 2005
ateh : kalau kita sukakan seseorang, kita takkan mampu nak sebut nama dia. betul tak?
aien : betul !! [sambil tarik selimut]


mereka kecoh2 selepas balik dari tasik. entah isu apa, aku cuma ingat ayat ateh. lantas menyokong walau tak tau hujung pangkal kekecohan di pagi Isnin itu.


tepat sekali ayat ateh itu. seandainya kita sukakan seseorang, menyebut nama dia pun kita tak mampu. mungkin ramai yang tak tahu, sebelum aku jumpa A**** ini, aku pernah jatuh cinta. [hehe, mesti ateh bengang sebab dia tak tau].


biarlah aku namakan cinta pertama aku tu M. aku tak bercinta, tapi aku jatuh cinta pada seorang rakan sekelas. selama bertahun2 ini, aku mengharapkan dia juga menyimpan perasaan yang sama dengan aku. aku selalu berdoa agar dibukakan pintu hati dia untuk aku. aku tak pernah nampak orang lain yang akan bersama2 aku suatu hari nanti melainkan M. tika itu, aku rasakan itulah cinta sejati aku. itulah satu2nya lelaki yang akan aku cintai seumur hidup ini. bukan sekali dua aku menangis kerana dia, bahkan entah berapa ratus kali [bertahun2 merindu dalam diamlah katakan]. kalaulah dia tahu, entah apa akan dia fikirkan.


bukan tak pernah aku lupakan dia. sehabis daya dan usaha aku lakukan. aku cuba buang ingatan terhadap dia, buang segala impian dan harapan untuk meraih cinta dia. tapi, setiap kali aku mencuba, aku gagal. jadilah aku seorang gadis yang penasaran.


tapi, mungkin betul. Tuhan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang betul.


pstt : kaitan M dengan ayat ateh di atas, seboleh2nya aku cuba tak nak sebut nama dia, tak nak bercerita apa2 tentang dia dengan kawan, melupakan segala2 tentang dia, tapi di hati dialah yang sangat2 aku ingat