Tuesday, February 15, 2005
aku nak print artikel yang aku download dari internet
aku nak print nota2 yang dah lama aku simpan, tunggu masa nak print tapi tak lepas2 jugak
aku nak print surat,
aku nak print draff psm yang belum aku hantar [hehe, penyelia suruh aku attach kat email je, tapi aku rasa, nak print jugak guna recycled paper dan setkan ink superb duperb ekonomi]


S100SP yang dah lama berbakti pada aku dah merajuk. dia sakit, dan memerlukan kos rawatan. tapi, aku tak berkesempatan mengeluarkan ongkos2nya. tidak, aku tak kedekut. tapi, kalau boleh aku nak S100SP pulih seperti sediakala dalam masa selewat2nya 2 hari.


jam 6.00 petang, aku angkut mama ke taman u. mencari pengganti S100SP yang mungkin memerlukan rehat yang panjang. aku perlu cari ganti printer yang baru untuk mengambil alih tugas S100SP.
CYTech tutup, Century tutup. berderet2 kedai komputer tutup.
aku hampir pulang dengan kehampaan. tapi, kesabaran dan galakan mama mendesak aku mengelilingi seluruh pelusuk taman U mencari kedai komputer yang dibuka.


akhirnya, berjaya juga aku menemui sebuah kedai komputer yang dibuka selepas cuti tahun baru cina. dengan begitu terujanya aku menerpa masuk. mencari printer baru. 10 minit kemudian, aku keluar dengan Canon PIXMA iP1000. langsai sudah RM155. pelaburan untuk masa depan, tak apalah. walau aku TAK BANYAK wang saku. lepas ni, boleh tutup mulut daripada merungut2 kenapa printer aku buat hal.