wah..dah jam 5.30 petang. masa untuk bermaharajalela..akulah datin maharajalela di abad ini
malam ni aku ada test. oleh kerana begitu banyaknya kerja, tugas, tanggungjawab dan senyuman yang hendak diberikan dalam bilik yang berhawa dingin ini, maka aku hanya sempat membelek buku computer graphic c version tanpa sebarang perasaan. oh Tuhan..Kau berikanlah aku ilham di malam ini. amin..
seorang kawan menegur..janganlah banyak membebel, merungut. bersyukurlah kau dapat kerja. oh, ya..terlupa pulak aku. aku yang berhajat sangat nak dapat kerja ni, kenapa mesti aku merungut sekarang?? ALHAMDULILLAH..aku dapat kerja.
2002
aku bekerja sebagai pekerja melipat kertas2 soalan peperiksaan di bandar temerloh. dengan pendapatan Rm 2.50 sejam. masa tu, pada aku dah banyak sangat dah tu. aku bekerja selama sebulan lebih, berhenti kerana dipanggil menjadi AJK majlis minggu haluan siswa, dan seterusnya menjadi fasi yang garang giles.
penghujung 2002
aku bekerja selaku operator pengeluaran wanita di sebuah kilang di taman universiti, dengan pendapatan RM 40 sehari. aku menyewa sebuah apartmen di Melawis bersama2 5 orang kawan2 dan sahabat2 yg lain. sewa apartment itu menjangkau RM 600 sebulan. maka, cukup bulan kami membayar RM 600 dan mengosongkan rumah, kerana semester sudah bermula.
1st time kije kilang, aku ditempatkn di bahagian yg mencabar bagi seorang wanita. mengangkat kotak2 yg berat. hinggakan sakit tulang belikat. teman2 senasib, aku, anor dan has..[eh..kiterang bertiga lor..patutlah muka ni je yg ada skang. rupanya dah senasib sejak azali lagi].
masa tu, tiap kali balik kije rasa nak nangis je. masing2 bertekad
bahawasanya kami..bertekad untuk menghabiskan pengajian, dan seterusnya menjawat jawatan yang best2..
april 2003
aku bekerja selaku salesgirl di sebuah pusat telekomunikasi [kedai tepon, lah]. aku bekerja selama 6 hari. bosan ma..keje jam 9.30 pagi sampai 10.00 malam..gaji, nak dapat 400 pun susah. maka dengan itu, aku nekad berenti keje.
april 2003
rezeki datang lagi. aku mendapat tawaran bekerja disebuah kilang kayu, dengan pendapatan RM 15 sehari. tetapi, setelah sehari aku bekerja, gaji aku dinaikkan hingga RM20 sehari [sebulan boleh mencecah RM600]. jumlah yg sangat besar bagi pekerja kilang di daerah temerloh. makan minum, bos sponsor..
mei 2004
aku bekerja sebagai waitress di sebuah restoren di temerloh. gaji asal, RM 20, kerja jam 10 pagi hingga 10 malam..gilos..12 jam keje, 20 ringgit jek. gaji ku dikurangkan menjadi RM10 sehari setelah ku kerja jam 10 pg hingga 5 ptg sahaja. [tak larat maaa].aku tidak mendapat bonus walau sesen pun di atas perkhidmatanku yg cemerlang, terbilang dan..bertaraf bintang. ponat tau..tersenyum kat setiap customer yg datang dan menunggu diorang mengorder..lagi2 kalo derang serang satu famili.
itulah antara pengalaman2 kerja yg cukup menginsafkan aku. entahlah macamana, org lain boleh hidup dgn pendapatan RM 300, menyara anak2..isk..insaf2..
dis 2004
aku : aku nanti,kan..bila aku dah keje, kan..aku nak jadi pekerja yang disukai ramai. aku nak berbaik2 dengan semua orang, dengan staf2, dengan cleaner..aku tak nak suruh2 orang buatkan air untuk aku, walaupun masa tu pangkat aku besar..
has : tapi,kan..kalau masa tu kita ada meeting ngan client, terpaksalah kita minta orang lain buatkan air..
aku : erm..tu lain,lah...
aku dan has : [saling berpandangan] wakakakakka...berangan nak jadik bos!!! [sorok muka dalam bantal]