tiba-tiba je, aku rasa nak berkongsi dengan kawan2 semua apa yang aku terbaca pagi tadi. sila lawat laman ini
kalau dalam novel, mungkin boleh. tapi, dalam kehidupan yang nyata ini...susah. setiap manusia dibekalkan dengan hati dan perasaan. masing2 ada rasa untuk dimiliki dan memiliki.
aku malas nak bercerita banyak tentang ini. mungkin nanti ada yang kata.. aku buat juga.
aku pernah keluar berdua2an dengan lelaki. aku pernah, bercakap 2 3 jam dengan lelaki [bergayut]. aku pernah buat maksiat2 seumpama itu.[weh...dating ler..jangan pikir lebih2]. dan, aku rasa sangat2 insaf sekarang. aku rasa sangat bodoh dan sangat....entahlah..[kadang2, kita tak sedar apa yang kita buat itu salah.]. ada seorang kawan tegur...
aien, sejak kau jumpa dia kau banyak berubah. dari segi kelakuan, dan pemakaian.
maka dengan itu, aku nekad menghadkan waktu perjumpaan dan perbualan dengan dia. aku bagi alasan begini...saya nak belajar. kalau awak nak saya habis belajar cepat, kita kena break dalam masa setahun ni.kalau ada jodoh, kita teruskan bila saya dah habis belajar nanti tapi dengan ikatan yang lebih jaminan.
keputusan yang begitu mendadak dari aku, dan aku harap sangat dia faham maksud aku. aku tak nak buat maksiat lagi. tak nak buat maksiat banyak2..buat apa mengumpulkan maksiat. [aku kata, break setahun je. lepas setahun, boleh sambung balik]
tersasar pulak cerita aku dgn link yang aku letakkan di atas. yang aku nak ceritakan di sini..
manusia memang mudah melupakan apa yang dirasakannya tak betul sebelum dia berhadapan dgn situasi itu. malah, dia akan bermati-matian mengatakan tindakannya itu betul
dulu : dating itu maksiat...walau cuma bercakap, maksiat tetap maksiat
kemudian : jumpa untuk cakap perkara yang penting, tak pe. [walau borak sakan sampai sejam]
bila sedar balik : dating itu maksiat..kalo nak dating jugak, kawin dulu
dulu : lelaki dan perempuan takkan boleh jadi sahabat
kemudian : siapa yang dapat menjadi pendengar yang baik, sentiasa ada ketika susah dan senang, dialah sahabat. tak kira dia lelaki atau perempuan.
entah bila : persahabatan antara lelaki dan perempuan dengan niat yg suci dan murni memang tak wujud melainkan kalau persahabatan itu disusuli dengan satu ikatan yang halal.
mungkin entry aku kali agak over. kalau sebelum ni, aku banyak berselindung. aku bukan nak kata, tindakan aku betul dan tindakan orang lain itu salah. aku sekadar mengingatkan diri aku dan mereka. apa yang tak betul, tetap tak betul. apa yang maksiat, tetap maksiat. walau dengan apa alasan sekali pun.
walau sebelum ini dan ketika ini kita sedang tersasar haluan..kembalilah ke jalan yang benar. perhubungan lelaki dan wanita walau atas dasar kasih dan sayang, persahabatan atau kawan baik..seharusnya dibatasi dengan sebetul2 batasan. tak perlu mengada2kan alasan untuk melepasi batasan itu.
KLIK SINI