Saturday, January 01, 2005
semalam, 31 dis 2004,
dan hari ini 1 jan 2005.


tahun ini, tak terasa bahang sambutan tahun baru. hujan renyai2 di luar membuatkan aku lebih selesa berbungkus sleeping bag di bilik.


jam 7.30 malam, aku setia di depan tv menyaksikan sorotan tragedi yang menggemparkan satu dunia. hanya aku seorang, tak ditemani rakan2 seperti biasa. ada yang bekerja shift malam, ada yang sudah berangkat pulang ke kampung petang tadi, dan ada yang berbungkus dengan selimut selepas solat maghrib. maka dengan itu, tinggallah aku seorang diri.


aku pernah kehilangan insan yang amat aku sayang. pergi yang takkan kembali untuk selama-lamanya.tapi, bila menyaksikan di tv seorang ayah menangis kehilangan 5 anak, tiba2 terasa mata aku panas. eh..aku menangis. sedih...kehilangan 5 anak dalam sekelip mata. siapa yang mampu menanggung penderitaan itu? [memang manusia hati batu kalau tak rasa apa2...air mata itu membuktikan hati aku bukan hati batu sebenarnya]. itu belum lagi menyaksikan lautan mayat di aceh. tak sanggup rasanya melihat mayat2 bergelimpangan


jam 9.00 malam , aku tutup pc. bosannya, internet pulak tak de. aku ambil keputusan untuk join has tidur. tapi, manalah dapat aku melelapkan mata semudah itu. 9.30, kiterang bangun dan turun ke kiosk. beli roti untuk santapan pagi dan tengahari esok. cukuplah dengan roti, bersyukurlah masih ada rezeki.


kembali ke bilik, aku rasa makin tak sihat. selsema dan bersin kian menjadi2. disertai batuk dan rasa lemah seluruh badan. malam ni, aku tak de mood nak buat apa2. aku cuma nak berehat, sambil berhibernasi dalam sleeping bag.


jam 12.00 malam, aku tutup lampu dan tidur. buat pertama kalinya setelah sebulan lebih, aku tak tidur seawal ini.