Saturday, January 15, 2005
satu masa dulu..
waktu tu, aku di tingkatan1. waktu pulang dari sekolah, aku berjalan terkedek2 macam anak itik pulang petang dengan ita [seorang kawan baik..dulu, kini dan selamanya]. cuaca : hujan renyai2..erm..lebat jugaklah. aku tak berpayung, begitu lah juga ita.


sebaik keluar dari pagar sekolah, aku nampak motor warna biru, dan diatasnya ada seorang pakcik berbaju hujan kaler itam. dan, aku sangat kompiden pakcik itu adalah ayahanda ku yang tercinta. maka, aku ucapkan babai pada ita. aku cakap kat dia..kang aku call mak ko, suh amik. kalo dia tak amik ko.[sambil tersengih2 bangga kerana ayahanda sanggup menunggu aku dalam ujan]. ita tak cakap apa2. dia cuma pandang aku dengan dahi berkerut.


dah kebiasaan aku, tiap kali kalo jumpa abah aku masa dia jemput aku, aku akan tersengih2. so, itulah juga yg aku lakukan ketika itu. yang hairannya, kenapalah pakcik tu pandang aku semacam je. tetiba, dalam jarak 1 meter..barulah aku perasan..pakcik tu BUKAN bapak aku. argh..malunya. mujur aku tak naik terus atas motor tuh..


malu..macam ditepek2 ngan taik kucing je muka aku masa tu. aku terus je menyusuri bibir jalan. sambil melambai ita, bagi isyarat supaya dia melintas jalan. ita pun ikut ajelah, sambil gelakkan aku. weh..aku ingatkan bapak aku. malunya..mesti pakcik tu kompius je tadi. malunyer...ita yang baik hati tak cakap apa2. tiba2, dia cakap..hah..tu akak aku. nanti aku sampai umah, aku call abah ko suh amik ko, yer... erm..terpaksalah aku menanggung perasaan malu ketika hujan ini sendirian. manalah bapak aku ni. dah ler ujan. tak sayang ke kat anak dia ni? huhuhu..


sampai kat depan balairaya, tetiba bapak yati memberhentikan keretanya. yati pun, panggil aku ajak naik. apalagi..orang dah kebasahan..belasah ajelah.


sampai kat depan umah aku, aku tengok..abah baru tengah pakai baju ujan kaler itam. segak bergaya tanpa terkena secalit pun rintik ujan. seperti biasa, abah sengih je bila nampak aku keluar dari kereta dengan muka cam cencurut dan baju yang basah lencun.


lar..apesal tak tunggu dulu kat sekolah? abah saja je nak tunggu ujan reda. dah tingkatan 1, ingatkan dah cerdik..tunggu ujan berenti.


apa yang aku nak citer kat sini adalah..aku menghadapi masalah yang sangat besar dalam mengecam orang yang baru aku kenal. kes tersilap bapak itu tadi menggambarkan di sini..betapa kroniknya masalah aku ini. tetapi yg peliknya, bapak aku tuh dah pun aku kenal sejak dilahirkan lagi. tetapi..ketika itu aku masih belum membuat pemeriksaan mata yang akhirnya membuktikan..aku sebenarnya rabun, so tak leh pelik sangat..


masalah yang dihadapi sekarang..ramai benor staf kat sini. aku pon x ingat nama derang ngan muka2 skali. kekadang tu, terasa macam org sombong plak sebab tak nak ingat nama staf lain. bukan tak nak ingat, tapi tak boleh nak ingat. sekali berkenalan pagi tu, maunya sampai 20 - 30 orang. giles nak ingat terus...


tadi, ada staf tegur aku..tak balik lagi ke? tunggu sapa? tunggu pakwe ke?..aku sengih..dan jawab..tak..tunggu pak guard, nak amik kunci...sambil angkat muka. ..hampeh..aku cakap sensorang rupanya...bila melihat mamat tu dah keluar dari pintu kaca.