Friday, January 14, 2005
pagi :
sampai kat office jam 9.05 pagi. erm..ingatkan tepat jam 9.00, tak pun kurang dari jam 9.00. sampai2, aku tengok punyalah banyaknya student kat situ. berebut 4 bijik pc yang kapasitinya adalah sangat kurang..[hehe..biasa kat fakulti aku, kapasiti pc ok, sesuailah dengan requirement bebudak kat situ].


pc aku masih lagi dalam proses pemasangan. entah bila, lah nak siap pasang. lemmmb** tul technichian nih. bos aku pun dah membebel, dah..bilalah nak siap. oh, manalah nak cepat siap. buat keje 5 minit, pastu bersembang..huhu..aku menghampiri meja kat tengah2 library yang agak crowded tuh..amik port petang semalam dan meneruskan perjuangan yang belum selesai.


jam 12.15..akhirnya perjuangan aku selesai jugak. berakhir juga membaca dan mengerat berita2 dan artikel2 dari old news paper [sebahagiannya ada dari tahun 2003..bayangkanlah betapa banyaknya]. wah..barulah boleh relakskan biji mata yang dah nak berpusing2 nih.


hari ni jumaat, means..jam12.15 dah rehat


2.30 ptg..aku kembali ke office. pc aku dah boleh guna. yea2. kerja menscan artikel yang aku kerat2 dan fotostat pun bermula. memandangkan rupa paras pc yang agak anggun, maka aku beranggapan..potensinya seanggun wajahnya. tapi....lemb** nyer..dalam sejam, adalah dapat scan and proses 5 keping gambar. bayangkanlah..betapa begitu teruji kesabaran. teringat pepatah omputih..dont judge a book by its cover.


pening sampai kepala aku menscan benda2 semua tu. biarlah, sekuat manapun ia menguji aku, ia juga merupakan sumber rezeki aku. kalau tak de benda2 tuh..maka tak adalah aku kerja di bumi yang fana ini di ketika ini.


oh..lagi 15 minit kul 6.00 petang. stop di sini dulu untuk entry hari nih. aku perlu proses gambar yang terakhir untuk petang ini.


sekian, terima kasih