Tuesday, January 25, 2005
lama juga aku bercuti. minggu lepas, aku balik kampung malam selasa. dan malam ni, malam selasa lagi. genap seminggu aku bercuti.


malam ahad, aku sampai ke UTM setelah perjalanan panjang sejak jam 4.00 petang. perjalanan dari kerayong ke bahau hampir membuatkan aku termuntah dalam bas. dugaan cuti balik kampung kali ni...


Isnin,..
aku, has dan anor menapak ke fakulti amik borang penganugerahan ijazah. last minute dapat tahu, kelam kabut dibuatnya. tarikh last hantar borang, 26 disember [rabu], selasa pulak cuti thaipusam..
dah lama aku tak menapak, so..paham2 ajelah betapa penatnya aku rasa. dari fakulti, kiterang ke SUB..anor dan has kena teman aku gi bank. selesai urusan di bank, kiterang menunggu bas di bawah pokok. argh..macam dulu2...hehe...dah lama tak naik bas UTM. singgah kat kafe kolej kejap, beli makanan tengahari..dalam perjalanan balik ke blok di atas bukit, terdengar anor mengeluh.
anor : penatnya..berhenti sekejap boleh tak?
aku : malas,lah..dah dekat depan pintu blok baru nak berenti. berenti kat bilik ajelah..


selasa
hari ni, kena ke fakulti jam 10.00 pagi. dr siti tetapkan hari selasa jam 10.00 pg sahaja untuk dapatkan signature dia untuk borang penganugerahan ijazah. tunggu zana datang, then menapak ngan zana ke fakulti. kebetulan, masa lalu depan blok S35, nampak Ija bawa kete kak mie on da way nak gi fakulti. apa lagi...kiterang tumpang ajelah. wah..bestnyer..tak yah jalan kaki macam semalam..


motor kat taman u, umah zana. hehe..kalo ada motor, jangan harapler aku nak menapak tengahari buta. rela ku angkut anor ngan has sekali [naik motor 3 orang], tapi anorlah yang bawak..