kisah I
1.00 pagi..
anor dah masuk bilik tidur. dalam erti kata lain, anor dah tido. almaklumlah..esok dia ada kuliah agama. baik budaknya anor, ni. pi kuliah agama then sampaikan pada aku dan kengkawan yang lain apa yang dia blaja.
jam 1.45 [lebih kurang,lar..aku tak berapa ingat]
has pulak masuk tidur, maka diisytiharkan ketika itu, aku tinggal sorang2 kat bilik study. bilik study dan bilik tdiru cuma berdepan je.
jam 2.00 pagi
aku slowkan kipas. sejuk bangat..tak tahan kesejukan. aku slowkan kipas dan mengadap pc semula.
jam 2.15 pagi
aku rasa ada orang intai aku dari pintu bilik study yang terbuka luas. aku toleh...tak de sesapa. maka, aku teruskan aktiviti menaip. isk..aku rasa, ada orang intai lagi, maka aku toleh lagi. isk..aku rasa sangat2 tak best. lalu, aku bangun dan aku tutup pintu. aku tarik langsir tingkap sekali...
jam 2.30 pagi.
tiba2..pintu terbuka. terkujat aku. aku baca bismilah banyak2. macam2 ayat dah keluar. aku off kan pc serta merta, cari kunci bilik study, kunci bilik study dan melompat masuk ke bilik tidur. fuh..dahsatnya pengalaman aku kejap tadi. aku tak leh tido..entah pukul berapa baru aku tertidur.
KISAH II
ist day kije. entah kenapa, hati aku rasa cemas la pulak. memang tak sabar nak kerja...aku keluar bilik jam 9.00 pagi, jam 9.30 baru sampai kat office. hehe..melapor diri. hampeh..1st day dah lewat. [aku gi isi minyak motor dulu kat taman u]
bos aku, en. abas tak de. dia keluar kejap. aku duduk rileks2 kejap sambil main tenet. tiba2, bos balik dan bagi aku briefing. lepas briefing, dia bawa aku gi jejalan kat sekitar tempat kerja aku tu. aku diperkenalkan pada semua orang, especially security kat bawah. kena maklumkan yang aku adalah staf baru kat situ.
pak guard : tak yah pakai kad matrik,lah. nanti student lain tak nak hormat kat awak.
aku : [ler..hari tuh dia gak yg suh aku pakai kad matrix..sengih]
en. abas : nanti saya dapatkan kad staff untuk awak.
aku : hmm..ok..[wuiyo..dapat kad staff tu]
kat pusat pentadbiran
staff : dik..nanti, kalau mamat ni naik library, awak halau dia, tau. gatal..
aku : [sengih..janganler pandang2 camtu..aku malu siottt]
lepas bersiar2, aku mulakan kerja. kemas rak buku yang sangat2 bersepah. erm..dah siap kemas, aku main tenet. baru lapang mata aku tengok rak buku yang tersusun rapi tu. maklum,lah..kalau perempuan yang buat keje..kalau boleh tak nak ada yang condong sikitpun.
lepas rehat, tak de keje. maka, keje aku ialah online. pc aku dampai..cun..cun..tapi, kabel tak cukup panjang, maka kena tunggu esok untuk aku guna pc aku. aku duk depan pc..mengantuk giles..rasa macam nak tidur je kat meja. tapi, tak senonohlah pulak. tempat ni orang keluar masuk bila2 je derang suka. almaklum,lah..library.
en abas bagi aku keje, catalog tesis dan update articles. hehe..aku bab update2 ni, memang aku expert. hinggakan aku yang ajar en abas cemana nak update. hehe..sori yer, encik. terlebih advance.
oh, ya..jawatan aku kat sini kalau secara rasminya digelar Pembantu Penyelidik. kalau tak rasmi, librarian, menjalankan tugas2 rutin di perpustakaan seperti menyusun rak buku, fotostat dan scan paper, update sistem, dan buleh jugak jadi tukang sapu. tu, kadang2 ajelah..
scanner rosak, maka keratan akhbar yang dah aku fotostat aku simpan dalam locker. semua tu, kalau aku mulakan operasi scanning maunya makan 2 hri keje. kalau nak update masuk dalam database..maunya seminggu baru siap. oh...penatnya..