khamis : malam
aku berhasrat untuk balik kampung hujung minggu ni, ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. urusan yang agak penting..sehingga terpaksa postpone start kerja pada rabu depan.
nurein : aku nak beli tiket esok, sapa nak ikut?
has : nak..nak gi jalan2 boring duk kat bilik.
anor : [membatu. mesti sedang berfikir untuk turut serta atau tidak]
nurein : kalau semua nak pergi, baik sewa keta. kalau naik bas, tambang pergi balik dah Rm6.00 sorang. kita sewa dalam 2 3 jam. boleh gi jalan2.
has : tak nak gi Danga Bay. takut, tepi laut.
nurein : kita tak payah pergi Danga Bay. kita pergi..zoo..nak tak? [hakikat : zoo bukannya jauh sangat dengan pantai lido]
anor : NAK..NAK IKUT..[over excited]
nurein : kau tak pernah pegi zoo ke? kesiannya. nanti boleh naik keta air kat tasik tu.
has : tapi anor, nanti kau tak de partner. carilah sorang member
anor : nak cari sapa? aku tak de kawan.
nurein : eh..alamak..aku ada test,lah malam esok. selamba je nak gi jalan2..
anor : ntah kau.
nurein : isk..tak pe, 2 3 jam je, cukuplah. selebihnya, aku stduy.
aku study, aku tahu malam jumaat aku ada test. tapi entah kenapa, aku terlupa dalam perbincangan itu.
<>
jumaat -- pagi
dah banyak nombor keta sewa yang aku call. kebanyakkannya full, dah dibooking sampai petang. aku berjaya book sebijik keta. tetiba, dalam jam 1.00 empunya keta mesej aku
sorilah dik, org yg sewa keta tu nak sewa terus sampai petang kang. adik call no ni,lah..test tanya kut ada keta 012***
aku cuba call no yang diberi. tapi, hampa. maknanya, petang ni tak dapat sewa keta. mood nak balik kampung musnah. aku terfikir pasal test malam ni. aku belum cover bab java lagi. sibuk cover pasal UNIX. argh..ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi
tak dapat sewa keta : leh study lebih sikit
tak dapat beli tiket : tak payah balik kampung
tak dapat balik kampung : boleh buat PSM