Monday, January 10, 2005
kasih seorang ayah


tiba2 rasa nak bercerita tentang abah. seorang lelaki yang berusia 63 tahun, dilahirkan pada zaman penjajahan Jepun (1942) di sebuah negeri di utara tanah air [taiping, perak].
perkahwinan pertamanya adalah atas dasar pilihan keluarga. mungkin tiada jodoh, berpisah setelah punya seorang anak lelaki. merantau membawa anak kecil ke daerah orang [lenggong, perak], lalu bertemu dengan seorang gadis yang menambat hati. mereka menikah, dan hidup bahagia dengan anak lelaki, dan juga anak2 yang lain.


1973, merantau jauh ke negeri orang [pahang darul makmur] demi mengubah nasib keluarga. tinggalkan kampung halaman yang banyak menyaksikan keperitan hidup. [kesusahan bukan penghalang kebahagiaan]. di situ, dia mengenal apa itu kelapa sawit. meneruskan hidup dengan berbakti pada tanah, demi menyara anak2 dan isteri.


1982, anak pahang yang pertama dalam keluarga itu dilahirkan [aku,lah tu]. anak itu sudah kurang terasa keperitan yang terpaksa dialami ibu dan ayahnya. kerana ketika itu, kehidupan sudah semakin baik. sudah tidak perlu berteman cahaya lilin ketika malam menjelma, dan tidak perlu mandi air perigi lagi. tapi, tidak semua kemahuannya dapat dipenuhi dengan baik. dia diajar menjadi orang yang bersyukur. menerima apa yang ada dengan sebaiknya, dan diajar supaya tidak menjadi kanak2 yang suka meminta2 kerana ibu dan ayahnya masih ada banyak tanggungjawab yang berat, menyara semua 7 anak yang masih bersekolah.


2000. anak itu melanjutkan pelajaran ke menara gading. akhirnya tercapai juga hasrat mak dan abahnya melihat anaknya belajar hingga ke tahap itu. bergolok bergadai demi menyara perbelanjaan si anak, maklumlah satu2nya anak yang berjaya sampai ke tahap itu dari 9 orang anak. maka, terpikul di bahu anak itu akan impian dan harapan mak dan abah.


2002, anak itu di tahun 2 pengajian. anak itu terlalu ingin memiliki sebuah komputer sendiri. anak itu mengambil jurusan sains dan komputer, maka adalah satu kemestian padanya untuk memiliki komputer sebagaimana kawan2nya. tetapi, abahnya tidak mampu. kegawatan ekonomi ketika itu menghalang si abah menunaikan permintaan itu. atas dasar tidak mahu meminta2, anak itu cuma mendiamkan diri, berdoa agar si abah dimurahkan rezeki. akhirnya, berjaya juga abah mengumpulkan duit untuk komputer si anak. tetapi, rezeki Tuhan untuknya melimpah ruah ketika itu. datang si abang, menawarkan sebuah komputer untuk dipinjam hingga tamat pengajian. si anak menerima tawaran si abang kerana tidak sanggup menghabiskan wang si abah demi memenuhi tuntutannya.


pertengahan 2002, ada rezeki lebih untuk si anak. membeli sebuah telefon bimbit dengan duit pinjaman sendiri. sekali lagi, si anak tidak dapat meminta pada si abah. si anak keluarkan duit sendiri demi memiliki telefon bimbit sebagaimana kawan2nya. supaya nanti senang si abah menghubunginya.


2003, sekali lagi, si anak mengumpulkan harta dunia. sebuah motosikal dibeli dengan wang simpanan sendiri. walau terpaksa mengikat perut dan sebagainya, demi memiliki kenderaan yang memudahkannya bergerak ke sana ke sini, si anak tidak meminta sedikit pun wang abahnya untuk membiayai kos motosikal itu. tetapi, si abah keluarkan juga duit. kerana si anak sudah tidak ada duit untuk makan.


hari ini...si anak di tahun akhir pengajian. si anak sudah tidak punya wang pinjaman, si anak perlu bekerja untuk membayar yuran dan menanggung kos pengajkian. tetapi, atas dasar kasih dan sayang abahnya, dihulurkan juga duit untuk menampung jumlah itu.


kasih seorang abah..walau pernah dimarah, dipukul..tapi kasih abah takkan pernah pudar dari ingatan, hati dan sanubariku. tanpa abah, siapalah aku di dunia ini. teringin sekali memicit kepala abah yang pening, hidangkan makan tengahari untuk abah, buatkan nescafe panas untuknya, dan hulurkan wang buatnya sambil berkata..abah tak perlu kerja lagi. abah cuma perlu duduk diam di rumah, akak akan beri abah wang belanja. sudah sampai masa akak balas budi abah..


tak sabarnya, menanti kepulanganku di hari raya ini untuk mengucup tangan abah.