Saturday, January 29, 2005
jumaat 28 jan 2005, depan simpang depan sekolah agama, jam 9.00 pagi


kenderaan bertali arus, maka aku perlahankan kenderaan sebelum melintas jalan. mungkin kerana semua staf dan student sedang berusaha untuk sampai cepat ke destinasi masing2. aku tunggu sebentar, sehingga jalan betul2 clear. pengalaman aku dilanggar oleh sebiji kancil sebulan lalu masih segar, maka aku cukup berhati2.


datang sebiji motosikal dari arah belakang, maka aku cuma pandang dari cermin sisi. pada firasat aku, dia akan sama2 menunggu dengan aku hingga jalan clear. tiba2, dia melintas juga sedangkan ada sebuah kereta sedang menghampiri dari jarak yang sangat2...dekat...tapi, mujurlah selamat


pergh...aku mengucap panjang. org lelaki memang tak boleh bersabar sikit. apa salahnya tunggu kejap, daripada menempah malapetaka. dan tak pasal2, dengan aku sekali terkena [sebab kejadian terjadi betul2 depan aku]
mulut aku berkata..bapaklah...mamat ni


jumaat 28 disember 2005, padang UTM, jam 5.00 ptg


hujan agak lebat, maka aku bawa motor perlahan. mungkin juga sangat perlahan. [biasalah perempuan, penuh dengan kesabaran]. sedang kenderaan aku mendaki bukit, tiba2 datang sebuah Ford Ranger warna maroon memintas aku engan rakusnya [makan jalan]..kebetulan ada sebuah Wira kelabu datang dari arah bertentangan. sangat dekat..[sama-sama laju] hingga aku terasa anginnya.


pin!!!pin!!!..hon berbunyi bertalu2. tidak, bukan aku yang bunyikan hon, sebaliknya wira dan kereta dibelakangnya. dengan sombongnya Ford Ranger terus masuk ke jalan yang sepatutnya, dan memecut dengan pantasnya...


perghh...sekali lagi aku mengucap panjang. bapaklah tuan punya ford ranger ni. mentang2lah aku ni kecik aje...kut ye pon, fikirlah keselamatan orang lain sama. harap je reti bawak keta..tapi tak reti hormat pengguna jalan raya macam aku.


kalau dua kenderaan itu bertembung, maka dengan aku sekali tercampak, kerana jarak yang sangat dekat.


sabtu, parking lot staff SUB, jam 8.30 pagi


dari jauh, aku lihat pak guard tak jaga simpang bawah bukit ke SUB tu. maka, dengan senang hati aku mengekori beberapa biji motor bebudak lelaki untuk melanggar undang2 universiti [pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan di kawasan tersebut]. aku nak pe pejabat pos, poskan borang untuk seorang exschoolmate di kuantan dulu.


sampai kat atas, aku tengok bebudak yang mendahului aku semuanya berpatah balik..tiba2, ada sebiji motor kat depan aku brek emergency dan nak u turn tanpa melihat side mirror. argh..mujurlah aku cepat brek..[mujurlah brek makan].


pergh...nak je aku turun dan lempang mamat tuh. kut ye pun nak lari dari pak guard, patuhilah undang2 jalanraya. aku pun nak lari jugak. kang terexcidet kat sini, sama2 kena ngan pak guard..


aku tak sempat membebel panjang2 sebab aku nampak beberapa orang pak guard yang sengaja parking kat atas tu menyaksikan kerenah seorang gadis beserta beberapa pelajar utm lain sedang kelam kabut melrikan diri..