entri balas buat ateh a.k.a widad a.k.a has
ateh, eh..widad, eh..has... 3 nama tapi, satu manusia. aku lebih selesa panggil dia has. kerana has adalah nama dia. ateh, nama panggilan anak2 buah dia manakala widad adalah nama blog dia. dulu, zaman skolah2 dulu aku panggil dia n**has****. manakala, dia panggil aku n**ain*. kadang2 dia panggil aku n**ain* hashim kerana, dalam kelas kami ada dua budak perempuan bernama sama iaitu n**ain* hashim dan n***ain* zakaria.
separuh dari kisah kehidupan aku, ada dalam tangan has. malah, aku pun tak penah duga aku akan jadi serapat dan seakrab ini dengan dia. aku pernah merasa sangat2 rendah diri, ketinggalan dan segalanya aku kurang dari dia. aku pernah juga cuba elakkan diri dari dia, kerana aku malu dengan diri aku. mungkin satu ketika dulu, aku sangat2 tidak ada keyakinan dengan diri. sementelahan, kami sama kelas sejak darjah 3 hingga tingkatan 3. bayangkanlah..betapa panjangnya usia perkenalan dan persahabatan ini. mungkin juga, pernah jadi musuh satu ketika dulu [kami bersaing hebat dalam kelas]. sedaya upaya aku cuba mengatasi dia. sehabis usaha aku ingin lebih berjaya dari has dan rakan2 yang lain.
tapi aku pasrah. aku memang tak pernah dapat kalahkan dia. akhirnya aku sedar, tidak ada kekalahan atau kemenangan dalam kehidupan ini, melainkan kejayaan ataupun kegagalan. cuma satu, yang aku lebih dari dia..iaitu bakat. bakat yang ada yang mengalir dalam darah dan urat saraf ini. dengan bakat ini, aku berusaha mencipta kejayaan demi kejayaan.
zaman persekolahan aku sedikit berombak, tidak seganas tsunami..tapi bisa menumpahkan airmata berkali2 di depan dia. betapa aku begitu lemah ketika menghadapi dugaan2 itu, maka aku pekakkan telinga untuk tidak mendengar kata-kata orang lain. aku bawa diri, di saat aku sangat2 memerlukan perhatian dan bimbingan kawan-kawan.
ketika di tingkatan 4, kami sekelas dipisah2kan atas alasan tahap penguasaan Bahasa Arab. aku sedih, kerana tidak diberi peluang menentukan pilihan sendiri. berkali2 dimotivasikan oleh ustaz2, ustazah dan guru2...maka aku dan has terpaksa akur pada keputusan pihak sekolah, kami ditempatkan di kelas aliran sastera kerana menjadi harapan untuk meneruskan pengajian Bahasa Arab walau hati meronta2 untuk menyertai aliran sains. puas merayu, menagih simpati, tapi hanya itu jalan yang ditentukan buat kami.
aku menyaksikan has pergi...meninggalkan sekolah tempat sama2 berjuang menuntut Ilmu Allah di muka bumi ini. has pergi demi mencapai impian yang tak mungkin dicapai di situ. tapi aku tak setabah dan sekuat has menghadapi detik perpisahan itu. air mata aku tumpah lagi, sambil memegang tangan has..aku kata...kalau kau pergi, kau ingatlah aku, kenangan kita kat sini.has kata, satu hari nanti impian dan cita2 kita akan tercapai juga. impian dan cita2 itulah yang sedang kami gapai kini.
seminggu kemudian, aku tinggalkan sekolah yang banyak menyimpan kenangan antara aku, has dan kawan2. aku daftarkan diri di sebuah sekolah di pantai timur. tapi, segalanya tak seindah yang aku harapkan. tapi, aku gagahkan jua diri meneruskan pengajian selama 2 tahun di situ.
tamat sekolah, aku dan has kembali ke kampung halaman. di sana, kami memasang angan2 untuk ke universiti. saban hari melengkapkan hidup dengan angan2. akhirnya, impian jadi kenyataan. mak ayah pun, melepaskan kami pergi jauh ke negeri orang. dengan harapan, satu hari nanti kami pulang membawa kejayaan..
erm..syahdunya entry kali nih.