Wednesday, January 05, 2005
DEAR FRIENDS
SOMEONE WROTE THIS. JUST TO SHARE WITH U ALL..


Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6....tidak lebih daripada itu.


Wahai Muslimin Muslimat !!
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat....
Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim tapi HAMPEH...


Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)
Hadis Riwayat Ibnu Majjah


Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak
(Hadis riwayatThabrani)


Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi
(Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda:
Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi
(Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Arak sudah diminum secara berleluasa
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).


SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN, SUMATERA)...TELAH LARI SEBANYAK 20-40 METER...KE ARAH SELATAN...
TIDAKKAH KITA SEDAR...ITU MERUPAKAN PETUNJUK....YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH...DAN AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK ARAH ' DARI SEKARANG... MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN...
SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI AKHIR ZAMAN? SEMPATKAH KITA BERTAUBAT?DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE' KITA YG AMAT JAHIL NI?