dah update pagi tadi, tapi terasa nak update lagi. almaklumlah, dah sebulan tak balik kampung. tunggu raya nanti baru balik. wa..lamanya. tapi tak pe, perjuangan mesti diteruskan..

selaku tukang amik gambar, aku amat tak puas hati dengan gambar ni. cuba lihat gelagat anak2 sedara aku. aiman di belakang dan nabil di depan.

selepas kene marah ngan aku, nabil lepaskan kucing dan terus control macho. sebaliknya, aiman memang tak de sapa leh marah dia. tak makan saman punya budak.

gambar ini diambil sebaik sahaja aiman dipakaikan baju melayu. ya, aku tak kasi dia makan dulu sebelum ambil gambar. nanti kang comot..tengok, muka tak pueh hati dia. sebab kat depan dia ada lemang dan rendang..
isk..rindunya aku kat mereka ni. rindu. lambat lagi raya haji rupanya.