baru kejap tadi aku hantar mama naik bas kat taman u. mama nak balik KL hari ni. sejuknya, hingga menusuk ke tulang belakang. tak pernah aku bawa motor laju2 pepagi buta. nak cepat punya pasal, aku bawa jugaklah, [hakikatnya tak selaju manapun] semata2 tak mahu mama ketinggalan bas. kalau tak, aku kena hantar dia gi ke Sri Skudai. huhuhu..aku tak berani bawa motor sampai ke situ.
malam tadi aku tidur awal [jam 2.00 pagi]. dah tak larat dah join has buat psm dan online. sejuk..mungkin penangan kena kurung 3 jam dalam lab oleh encik lect kerana tak reti buat programming [8.00 malam - 11.00 malam]. kalau aku dapat buat, aku boleh balik awal. tapi nak buat macamana, aku hanya mampu buat skeleton macam biasa.
menakutkan, memang menakutkan. mimpi aku malam tadi. beginilah cerita mimpi itu lebih kurang.
aku gi kelas ngan has [tiba2 je, has ada kelas ngan aku. malam lak tu. tapi sebab mimpi,kan. aku tak perasan sangat]. dalam jam 10 lebih, kiterang berjalan berdua2an ke tempat aku parking motor. sebab dah agak lewat, tak ramai orang kat situ. cuma ada beberapa lelaki sedang melakukan sesuatu.
aku : hish, apa diorang buat kat motor aku tu?
has : entah. dah lah tak de orang lain nak mintak tolong ni.
aku tengok, sayap motor aku dah pecah. bengang punya pasal, aku menghampiri diorang dan tanya.
aku : kenapa ni? korang buat apa ni?
lelaki : sapa tuan punya motor ni? tak reti2 nak register? hah..ni kiterang dah rantai dah. kalo nak, nanti tebus balik.
lerr..pak guard rupa2nya. er..malas tul aku nak register motor ni. malas!! dapat lak mimpi camnih. cam petanda..harus didaftarkan jugak motor ni.
tiba2, aku terjaga dari tidur, dan Has tegur aku.
has : ko mimpi apa tadi? apasal kau meracau je tak menentu? aku nak tido pun tak senang. kalau belum tidur, kau merapu. dah tidur, pun nak merapu gak.
aku : isk..aku mengigau ke tadi? dahsyat yer, aku ngigau. ingatkan mama ngan zila je kuat ngigau. aku pun sama rupanya.
aku pun cerita kat has pasal mimpi tadi.
tiba2, aku terjaga dari tidur. isk..aku masih bermimpi lagi? isk..aku tengok, has lena tidur. mama lak tengah kelam kabut kemas barang.
aku : mama, dah kul berapa?
mama : 6.30 pagi.
aku berfikir sejenak..has ada bercakap2 ngan aku ke sebelum ni? isk..musykil. aku tengok..isk, baju yang dia pakai x sama lah ngan baju orang yang bercakap ngan aku tadi. bermakna, baru kali ni aku tersedar dari mimpi.
itulah, kisah mimpi di dalam mimpi. kita rasa kita dah terjaga dari mimpi, tapi rupa2nya..kita masih bermimpi.
*mama, seorang kroni yang dipanggil mama. bukanlah ibu kandung aku. harap maklum