Sunday, January 02, 2005
aku selalu fikir, kawan2 dah tak ingat aku. aku selalu fikir, mereka dah lupakan aku. aku pernah juga terfikir, mungkinkah mereka tak pernah sedar kehadiran aku dalam hidup mereka?


kad raya tak pernah berbalas. surat menyepi. kabar berita, bertahun2 tak dengar. lantas aku buat satu keputusan, aku akan cuba lupakan yang aku pernah ada ramai kawan dulu.


disember 2004, aku balik kampung. aku terima sekeping kad raya yang sampai sebaik saja aku tinggalkan rumah untuk meneruskan perjuangan dia selatan tanah air ini. oh, rupanya dari seorang kawan yang sangat rapat dengan aku dulu. kawan yang sama2 mengharungi suka duka minggu orientasi yang menyiksakan, kawan yang sama2 menangis kerana rasa begitu terseksa di situ. aku terkejut dan melompat2 gembira. dua tahun lepas, aku kirim kad raya untuk dia. bertahun menanti, aku tak terima sebarang balasan dari dia. sedih, mungkin dia dah pindah rumah agaknya. terima kasih kerana menguhubungi aku kembali.sayangnya, dia sekarang tak ada kredit, maka tak dapat berbalas mesej dengan dia. tapi tak apalah, asalkan aku tahu dia masih ingat kat aku.


disember 2004, aku terima satu email yang membuatkan aku menjerit. senior dorm email aku, senior yang pernah buat aku menangis dulu. kak nanie kata dia rindu kat aku, dan rakan2 satu dorm yang lain. seronoknya tak terkata. rupanya, mereka ingat kat aku. setelah 5-6 tahun menyepi, tiba2 dia muncul kembali. siapalah yang sangka. pertemuan kembali di internet itu juga memberikan aku berita2 tentang kawan2 yang lain. yang sudah berumahtangga, bekerja, belajar dan segala2nya.


disember 2004, seorang kawan sampaikan salam kawan lama. kawan yang dah 10 tahun tak jumpa. lamanya..umur aku, 22. tolak 10, tinggal 12. ya, aku berpisah dengan dia ketika berusia 12 tahun. sekampung, tapi 10 tahun tak jumpa. sekurang2 nya, sekarang aku ada dengar kabar berita tentang dia walau dari seorang kawan yang berada sangat jauh di negeri orang.


kawan2 lama. macamana nak mengkelaskan kawan kepada kawan lama? mungkinkah kerana dulu sangat rapat, mengharungi suka dan duka bersama. tapi terpisah tanpa sebarang berita, dan bila bertemu kembali, segala2nya sudah tidak seperti dulu lagi.


aku harap, dalam masa 10 tahun lagi kawan2 yang ada di sisi aku kini tidak akan jadi kawan lama aku.


[salah satu perkara yang sangat membuat aku teruja ialah apabila bertemu kawan lama]