aku baru selesai menonton juara lagu. erm..aku rasa, juara l;agu kali ni lebih baik dari dulu, dengan gelagat sarimah dan najib ali yang bertelagah sepanjang rancangan. malam ni, aku puas menonton juara lagu sehinggalah aku dapat balasan mesej dari seorang classmate
..siang esok [isnin] aku tak tahu ada kelas ke tak, tapi malam kan kita ada 2nd lab test..
argh..2nd lab test animasi, malam esok ke? giler ah..aku tahu, 2nd test lepas cuti mid sem. tapi aku terlupa, test tu malam esok. giler..giler...aku tak leh buat lagi programming tuh. tensionnya. dah bertahun aku tinggalkan C programming, dan, aku tak pernah belajar C++ programming. semuanya kena explore sendiri. giler..giler...kekadang, kalau aku buat tutorial sampaikan bercampur format C ngan C++. tak apalah..sekurang2nya, aku masih ada masa untuk buat latihan. dan esok, insyaAllah aku kena install visual C++ kat pc aku kat office.
petang tadi, keluar ngan has ke larkin. jam 12.30, kami keluar dengan keta sewa akak sebelah blok. mujurlah cepat booking, kalo tak memang melepas.
sampai kat larkin, ATM plak out of service,. tk leh keluarkan duit. duit aku, cukup2 untuk harga tiket aku seorang. aku tak dapat cover sikit harga tiket untuk has. so, nak tak nak terpaksalah ke larkin perdana cari bank, nak amik duit.
aku ni jahil sikit bab mengingati jalan kat jb ni. tapi, petang tadi dengan penuh kompiden tanpa ragu2 lagi aku bagi arahan kat driver [has]..masuk kanan, masuk kiri..akhirnya, sampai jugak. untuk pengetahuan semua, aku cuma agak2 je. hehe...bukannya aku ingat pun. lepas amik duit, kiterang singgah jap kat pasaraya Et, cari barang murah yang cantik dan menawan kalbu.
kembali ke pasar awam larkin dan ke kaunter tiket. masalah : tak banyak bas Jb Temerloh, maka kami terpaksa berebut2 tiket untuk bas yg sedikit untuk perjalanan ke temerloh. hasilnya, kebanyakan tiket untuk hari rabu dan kamis dah tak de. giler..selasa aku kije, rabu aku ada kelas. ingat nak amik bas Super wira Express, maklumlah..bas tu baru je mengadakan perjalanan ke pahang. so, nak rasa naik bas baru. tetiba, kena plak sampai RM 25. giler..super VIP konon. harga tiket asal, biasanya RM18.80 jek. nak tak nak, menebeng muka sekali lagi kat kaunter bas yg mula2 ktrg serang tadi. akhirnya, jadi jugak penumpang setia Bas Express Pahang South Union.
maka dengan itu, diisytiharkan aku balik kampung pada hari Selasa, 19 januari jam 11.00 malam.