Satu ketika dulu, pernah terjadi aku tak dapat mengawal diri. Aku rasa, kawan2 dah tak pedulikan aku. Diorang tinggalkan aku bila dapat ‘gading bertuah’. Aku rasa sangat tertekan, sangat sedih dan tersisih. Lantas aku nekad untuk tinggalkan daerah selatan buat seketika, walau terpaksa mungkir janji yang dah dibina.
Aku pergi ke satu tempat yang aku rasa aku akan temui ketenangan yang aku cari. Aku cium tangan mak, tangan abah dan aku lambung-lambung Aiman yang besar tapi kecil.Kerinduan aku terubat, walau terpaksa menemui insan2 itu dengan hati yang sedikit tak menentu.
Di tempat itu aku sering termenung memikirkan kenapa dengan aku? Pada usia 20-an kini, masih lagi belum dapat berdiri sendiri? Masih lagi belum dapat menilai mana yang baik dan buruk? Masih lagi belum biasa berhadapan dengan konflik2 seumpamanya walau dah banyak kali terjadi?
Tempat yang aku harap dapat berikan ketenangan buat aku, tak lah setenang mana ketika itu. Aku sedar, Aiman yang aku kelek ke sana ke mari akan terpaksa berpisah juga dengan aku. Kakak yang selama ini banyak berkongsi suka dan duka dalam hidup aku terpaksa berhadapan dengan krisis besar dalam hidup. Dan aku terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorng adik, membantu seadanya.
Bila aku renungkan kembali, kenapa begitu banyaknya cubaan yang perlu aku hadapi dalam hidup ini, dan aku bandingkan dengan kakak aku. Oh..begitu ketinggalan, dan remehnya perkara yang aku anggap dugaan hidup yang membuat aku menderita selama ni. REMEH. Walau kakak aku bukan yang terbaik, tapi masih ada satu perkara yang terlalu baik yang aku pandang pada dia, iaitu tabah. Besar manapun dugaan yang dia alami, aku tak pernah lihat dia menangis, merungut atau melepaskan perasaan pada orang lain.
Kisah ini tak sanggup untuk aku kongsikan dengan sesiapa. Tiap kali terkenang, aku rasa begitu MARAH , menanti masa yang sesuai untuk bertindak. Berulang kali aku ucapkan pada kakak, kak Teh tunggu akak habis belaja. Nanti, bila akak dah kerja, akan akan usahakan sampai kita dapat aiman semula. Masa tu akak nak kak Teh duduk kat tempat yang jauh, yang hanya kita sekeluarga yang tahu. Itu janji aku pada kakak, dan aku akan tunaikan, insyaAllah.
Dan sekarang, mungkin aku lebih tenang berbanding dulu bila berhadapan dengan masalah. Caranya mudah, aku ingat ketabahan kakak dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Tapi, bila ada orang yang menganggap satu perkara REMEH itu sangat besar masalahnya, kadang2 aku rasa nak marah juga. Lebih2 lagi bila ia melibatkan aku, lantas MEMBADUTKAN aku.
________________
TSUNAMI
berkejaran di tepian pandai, bersiar2 dan berkelah sekeluarga menikmati angin selat. melihat ombak yang menggulung2 dan kemudian berdiri dan merakamkan keunikan fenomena itu dengan kamera sendiri. seronoknya melihat anak-anak kecil berlarian di pasir yang memutih, berlatarbelakangkan ombak yang menggulung dan buih2 yang memutih.
siapa sangka ombak menggulung yang kelihatan biasa itu rupanya mengundang malapetaka yang dahsyat. yang memusnahkan syurga-syurga di tepi pantai, yang menuntut kesabaran dan ketabahan insan2 yang kehilangan, yang menjadi perhatian di bumi Tuhan ini.
mungkin itu peringatan dari Allah. bumi ini tidak akan kekal selamanya. ya, kanak-kanak kecil pun tahu, yang putih, yang hitam, yang beriman pada Allah atau tidak, semuanya tahu. alam ini akan musnah jua. tapi, berapa ramaikah yang bersedia untuk menghadapi kemusnahan itu? kadang-kadang, aku pun terlupa.
sedekahkan lah Al Fatihah buat yang telah tiada.
ambillah iktibar buat yang masih ada.